Toyota Celica keluaran tahun 1977 ini tidak seperti kereta-kereta Celica lain seusianya kerana ia telah dimodifikasi secara komprehensif. Pemiliknya, Larry Chen merupakan jurugambar automotif telah membeli Celica ini pada tahun 2010 dan ketika itu, seperti kebanyakan kereta terbiar yang lain; berkarat tak usah cakaplah!
Apa yang menariknya, pada waktu itu sendiri Celica ini sudah disumbatkan dengan enjin Honda S2000 dan beliau membuka semua bahagian yang telah berkarat untuk kerja-kerja restorasi. Semuanya dipasangkan semula dan penambahan set arch serta disembur dengan Midnight Purple III. Warna yang lebih kerap dilihat atas Nissan Skyline R34 GT-R.
Seterusnya beberapa upgrade dilakukan sebagai contoh, suspensi air-bag yang dikawal secara elektronik dengan Bilsten shock, sway bars aftermarket, polyurethane bushing baru dan set rim custom-made 16” BBS RS bersama kemasan Black Solar Rain.
Bukan itu sahaja, enjin 4-silinder naturally-aspirated S2000 2.2-liter juga turut dimodifikasi dengan Neo Chrome valve cover, 48 mm independent throttle bodies, oil cap, coil pack cover dan radiator cap dengan kemasan Neo Chrome. Jentera ini memiliki transmisi manual 6-kelajuan sama seperti S2000 tetapi dipadankan dengan limited-slip differential dari Toyota AE86.
Tak banyak di bahagian interior kereta ini yang berkongsi dengan standard Celica. Antara bahagian yang agak menonjol termasuk panel pintu, headliner, konsol tengah dan dashboard. Manakala tempat duduknya adalah set Bridge Stadia Venus II dengan hiasan fiber karbon purple dan juga stereng tiga jari baru.
Sumber : Carscoops