Komuniti Mini Klang & Shah Alam (Mini 59) yang juga merupakan ahli Kelab Peminat Kereta Mini Malaysia (KPKMM), pernah menganjurkan konvoi ‘Mini Sunday Fun Drive’ ke Restoran Selera Rimba di Lembah Bernam, Tanjung Malim.
Selain makan angin, ia juga membolehkan mereka menikmati hidangan makan tengahari di restoran yang terkenal dengan menu makanan eksotik seperti rusa, pelandok, landak, ikan baung, ayam kampung, ikan sepat dan lain-lain.
Sebanyak 22 buah kereta telah menyertai acara ini. Mereka diminta berkumpul di Meru, Klang sebelum memulakan perjalanan. Mereka memilih Jalan Kuala Selangor, melalui Tanjung Karang hingga ke Lembah Bernam. Sebaik tiba pada jam 12.00 tengahari, mereka terus menjamu selera dengan hidangan makanan yang telah ditempah lebih awal.