Baru-baru ini, Toyota telah melancarkan Corolla Cross GR Sport ke pasaran Taiwan dengan melakukan beberapa peningkatan visual dan mekanikal berbanding model standard. Tampil lebih garang, pemanduan Corolla Cross GR Sport ini lebih sporty ekoran talaan suspensi oleh pihak Gazoo Racing. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bracket chasis untuk meningkatkan lagi tahap ketegarannya.
Manakala dari sudut rekaan pula, SUV ini dilengkapi bampar depan hitam dengan kemasan krom seperti Hilux. Bahagian hadapan pula diserlahkan dengan saluran pengambilan udara lebih besar, lampu kabus bersepadu dan sklid plate gayaan aluminium. Lencana GR dilekatkan di bahagian tepi di samping skirting sisi gayaan aluminium, cermin sisi dan bingkai cermin berwarna hitam.
Ruang kabin pula hadir dengan skrin sentuh infohibur bersaiz 9 inci, butang penghidup enjin dan tempat duduk disulam logo GR. Aspek keselamatan ditingkatkan menerusi tujuh beg udara dan rangkaian sistem Toyota Safety Sense 2.0. Corolla Cross GR Sport dijana oleh enjin NA dan rangkaian kuasa elektrik. Enjin aspirasi biasa empat silinder bersesaran 1.8 liter itu mampu menjana kuasa 138hp dan tork 172Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear Super CVT-i.
Manakala rangkaian kuasa hibrid pula terdiri daripada enjin enjin 1.8 liter dengan sebuah motor elektrik yang menjanjikan kuasa mencecah 121hp dan dipadankan bersama transmisi E-CVT. Toyota Taiwan menawarkan Corolla Cross GR Sport pada harga bermula TWD875,000 (RM131,543) seunit.
Sumber : Mekanika