Chevron Malaysia Limited yang memasarkan jenama Caltex® telah melancarkan CaltexGO, aplikasi pembayaran mobil Caltex untuk para pelanggan di sekitar Lembah Klang. Aplikasi mobil ini memberikan pembayaran minyak lebih pantas dan mudah, mengutip dan menebus Bpoints menerusi kad JOURNEY™. Selain itu, ia juga membantu mencari lokasi stesen sevis dan melihat resit elektronik dengan menggunakan peranti telefon pintar untuk urusan yang lebih selesa dan selamat.
Menuju ke arah masyarakat Malaysia tanpa duit tunai dan pembayaran lebih bijak, aplikasi yang baru dilancarkan ini adalah usaha berterusan untuk melihat penglibatan serta jangkaan dari para pelanggan. Para pengguna yang membuat bayaran hanya perlu melancarkan aplikasi dengan kad pembayar berdaftar dan kad JOURNEY™, menunjuk nama stesen, nombor pam dan jumlah minyak yang ingin diisi. Pengguna juga boleh memeriksa dan menebus BPoints sebelum membuat pembayaran.
Menurut Pengerusi Chevron Malaysia Limited, Jay Gomez berkata, selain memberikan produk dan servis berkualiti, keutamaan Caltex adalah untuk mempertingkatkan pengalaman sepanjang pelanggan berada di stesen dan meneruskan perjalanan tanpa masalah. Dengan CaltexGO, pengguna yang ingin memasuki atau keluar dari stesen servis boleh mengisi minyak, tidak perlu beratur untuk bayar.
Sebagai sebahagian transformasi ke arah digital yang baharu, Chevron menggunak proses pantas untuk membina CaltexGO – mengumpul maklum balas dari pengguna CaltexGO dari Singapura, Thailand dan juga keluarga Caltex sendiri dan belajar menerusi praktikal terbaik demi membangunkan produk akhir. Buat masa ini, CaltexGO yang baharu sahaja dilancarkan ini boleh digunakan di stesen Caltex di sekitar Lembah Klang, manakala para pelanggan lain bakal menikmati aplikasi ini di pertengahan pertama awal tahun depan.
Walaupun pembayaran mobil lebih popular, keperluan keselamatan di stesen servis masih tidak berubah. Para pengguna harus menggunakan telefon masing-masing selepas enjin kenderaan dimatikan atau di dalam kedai. Sebagai peringatan keselamatan, pelanggan harus peka dengan keadaan sekeliling dan memberikan perhatian sepenuhnya ketika mengisi minyak.
Selain itu, pengguna CaltexGO juga berpeluang untuk menerima rebat dan ganjaran menarik dengan kemudahan eksklusif dari aplikasi ini. Pengguna kali pertama yang mengisi minyak sekurang-kurangnya RM30 di Caltex akan menerima ganjaran wang tunai RM5. Mereka juga menerima RM5 lagi apabila mengisi sebanyak RM30 setiap kali mengisi minyak di stesen Caltex (tempoh promosi ini sehingga 31 Disember 2021).
Untuk maklumat lanjut, layari www.caltex.com/my/.