Amalgam bukan seperti syarikat lain yang ada di luar sana. Ia lebih menumpukan kepada perincian yang tepat, mencipta kereta yang kelihatan mirip seperti kereta asalnya. Koleksi Amalgam pun sudah bertambah dengan kerjasama di antara dengan Automobile Club de I’Ouest (ACO) iaitu penganjur untuk 24 Hours Of Le Mans yang diumumkan baru-baru ini.
Kerjasama ini membolehkan Amalgam menghasilkan atau membina semula kereta-kereta ikonik dari siri perlumbaan yang hebat dalam sejarah. Bagi melaksanakannya, Amalgam akan mengimbau kembali ke era 1920an untuk membina beberapa kereta seperti Audi, Aston Martin, Bugatti, Ferrari, Ford, Jaguar, McLaren and Porsche.
Antara perincian yang akan direka semula untuk kereta-kereta lumba ini seperti yang terdapat pada Porsche 917K. Model kereta yang kelihatan kotor dan lampu hadapan pecah serta macam-macam lagi. Antara kereta ikonik lain yang dihasilkan termasuk Bugatti 57 G’ Tank, Ferrari 250 LM, McLaren F1 GTR, Porsche 918 Hybrid, dan banyak lagi.
Namun begitu, harga kereta yang direka atau dihidupkan semula oleh Amalgam bukanlah murah dengan mengambilkira kos setiap perincian dan juga hasil kerja tangan mereka. Mungkin, ia bukan satu isu besar kepada pencinta dan penyimpan koleksi kereta-kereta ikonik. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding asal, ia sudah cukup memuaskan hati. Setuju?
Sumber : Motor1