Rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang, yang mengharapkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir tidak lama lagi, berasa hampa setelah menyaksikan jumlah kes melonjak secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu yang lepas, mencecah rekod 17,786 kes pada 31 Julai 20211 sejajar dengan amaran Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah sebelum ini2.
Ramai juga bimbang kesihatan orang tua dan golongan rentan tersayang yang tinggal di luar sempadan daerah atau negeri, mungkin ada sinar harapan apabila data Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kadar kemasukan ke hospital di kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas, serta di kalangan orang dengan komorbiditi dan golongan kelainan upaya yang telah divaksinasi sepenuhnya semakin menurun, manakala majoriti yang dimasukkan ke hospital dan kebanyakan kes adalah terdiri daripada mereka yang belum divaksinasi. Oleh itu, adalah penting untuk terus meningkatkan kadar vaksinasi seperti yang telah dicapai oleh Malaysia ketika ini bagi mengawal kadar jangkitan daripada terus meningkat. Golongan ini tidak harus dipinggirkan dan membiarkan sesiapa pun terlepas janji temu vaksinasi hanya disebabkan oleh masalah mobiliti, terutama sekali di kalangan penduduk yang termasuk dalam kategori golongan rentan.
Namun, apakah yang boleh dilakukan oleh mereka yang tidak dapat menemani orang tua atau golongan rentan untuk menghadiri janji temu vaksinasi? Di sini, kerjasama antara SOCAR Mobility Asia dan Teman Malaysia dapat membantu. Teman Malaysia ialah sebuah perusahaan sosial yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dan peneman yang berkualiti, selamat dan khusus untuk warga emas dan golongan rentan di Malaysia. Perkhidmatan mereka yang termasuk menemani warga emas atau pesakit untuk menghadiri janji temu perubatan, sesi rawatan, dan vaksinasi Covid-19; lawatan ke rumah bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik; dan juga aktiviti yang disesuaikan mengikut keperluan peribadi; telah menunjukkan hasil yang positif dalam masyarakat kita yang semakin berusia.
“Di SOCAR Mobility Asia, kami yakin bahawa rakyat Malaysia boleh menjayakan lebih banyak usaha apabila berganding bahu, sejajar dengan kempen kami yang bertemakan ‘Malaysia Can Overcome’ atau ‘Malaysia Boleh Mengatasinya’ di mana kami menyediakan pilihan mobiliti selamat dan mampu milik kepada rakyat. Berbekalkan semangat ini, kami bukan sahaja komited ke arah menyediakan pilihan mobiliti fleksibel bagi membantu rakyat Malaysia menambahbaik kehidupan seharian, tetapi juga bekerjasama dengan perniagaan dan organisasi lain bagi memenuhi keperluan komuniti ketika ini,”
“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Teman Malaysia sebagai rakan pengangkutan mereka, memandangkan khidmat mereka adalah tidak ternilai dalam membantu warga emas dan golongan rentan bergerak bebas dalam kehidupan seharian mereka. Menerusi kerjasama ini, mereka boleh sampai ke destinasi mereka dengan selamat dalam suasana pemanduan yang peribadi dan disanitasi, menggunakan kenderaan SOCAR dan TREVO kami. Dalam tempoh yang serba mencabar seperti kini, adalah penting untuk semua orang menyumbangkan kekuatan masing-masing bagi membantu sesama rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh mengatasinya!” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SOCAR Mobility Asia, Leon Foong.
“Memperkasakan warga emas dan golongan rentan menerusi ahli Temanion kami yang memberikan sokongan emosi dan membantu mereka menjalani kehidupan seharian menjadi pendorong utama bagi kami di Teman Malaysia. Dalam tempoh dua bulan yang lepas, dengan pelanjutan PKP dan sekatan perjalanan, ramai anak-anak tidak dapat membantu ibu bapa tua mereka yang tinggal sendirian dan di negeri lain, apatah lagi untuk menemani mereka bagi menghadiri janji temu vaksinasi. Di sini, pasukan kami yang terdiri daripada 94 ahli Temanion dapat mengubah keadaan menerusi perkhidmatan kami. Menerusi kerjasama dengan SOCAR Mobility Asia ini, kami kini dapat menawarkan pilihan mobiliti yang lebih luas sebagai pelengkap kepada perkhidmatan kami, yang akhirnya dapat memperkasakan lagi warga emas dan golongan rentan di dalam komuniti,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif Teman Malaysia, Ezzati Nasir.
Foong berkata, SOCAR Mobility Asia turut mengajak rakyat agar segera memaklumkan jika mereka memerlukan bantuan dalam perkara-perkara yang boleh dibantu oleh SOCAR dan TREVO, dengan menghubungi SOCAR dan TREVO menerusi Facebook.
Kerjasama antara SOCAR Mobility Asia dan Teman Malaysia ini membolehkan ahli Temanion menggunakan baucar istimewa yang menawarkan potongan 50% untuk tempahan SOCAR dihadkan kepada RM50, dan potongan 60% untuk tempahan TREVO dihadkan kepada RM250, memberikan penjimatan yang kemudiannya akan disalurkan kepada pelanggan-pelanggan Teman Malaysia. Mulai 1 Ogos, ahli Temanion boleh membuat tempahan SOCAR daripada serendah RM4.45 sejam untuk Perodua Axia, dengan memasukkan kod baucar, manakala mereka juga boleh menikmati potongan 60% untuk tempahan TREVO bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 hari. Tempahan SOCAR dan TREVO boleh dibuat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Melaka, manakala perkhidmatan Teman Malaysia boleh didapati di Lembah Klang, Johor Bahru serta Kota Tinggi, Pulau Pinang dan Seremban. Perkhidmatan bantuan untuk janji temu vaksinasi Covid-19 bermula dari harga RM70 untuk dua jam.
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
Langkah 1: Buat tempahan perkhidmatan Teman Malaysia menerusi laman sesawang mereka di https://www.temanmalaysia.com/service/.
Langkah 2: Mohon ahli Teman yang ditugaskan untuk menempah kenderaan SOCAR atau TREVO untuk digunakan semasa tugasan tersebut, mengikut tempoh masa perkhidmatan itu.
Langkah 3: Ahli Temanion kemudiannya perlu memasukkan kod promosi mereka yang disediakan oleh SOCAR Mobility Asia kepada Teman Malaysia, untuk mendapatkan diskaun 50% untuk SOCAR dan diskaun 60% untuk TREVO. Diskaun tersebut kemudiannya akan dimasukkan ke dalam bil akhir pelanggan, dan disenaraikan di bawah kos pengangkutan.
Langkah 4: Pelanggan boleh menikmati pemanduan peribadi yang selamat dan disanitasi bersama-sama dengan ahli Temanion.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang SOCAR di https://socar.my/, laman sesawang TREVO di https://trevo.my/ dan laman sesawang Teman Malaysia di https://www.temanmalaysia.com/
Sumber gambar : PETRONAS Flow