Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

READY TO RUMBLE

Saiful by Saiful
20/12/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Pengenalan Civic FD2R telah membuka lembaran baru kepada peminat model berprestasi Type R, apabila ia ditawarkan dalam bentuk sedan keluarga. Dah kenapa? Tak nampak resing ler gitu. Namun sebaik kuasanya dikerah, ia mampu membuatkan mereka yang acah-acah turbo malu tersipu-sipu melihat aksinya yang lincah.

Dengan tak semena-mena, populariti model ini telah memberi kesan langsung kepada sedara kembarnya yang lain. Ia mula diterima penggiat modifikasi sebagai platform yang sesuai untuk dimajukan. Walaupun berdepan masalah dan kesukaran, keseronokan yang dirasai memang lain macam. Lebih-lebih lagi bila jentera yang dibina, mampu mengatasi kehebatan model sebenar.

Farell antara kaki kereta yang memilih, untuk membina sendiri jentera idamannya. Dari sebuah model asas, Civic FD ini telah dirombak secara total untuk kelihatan seperti Type R yang sebenar. Rasanya tak tinggal apa dah. Dari depan, belakang dan sisi, semuanya dihuni komponen milik Civic FD2R. Bagi mendapatkan rupa lebih seimbang, bahagian panel belakang juga telah dikembangkan, untuk kelihatan selari dengan fender depannya. Dalam gambar mungkin tak nampak mana. Kena sentuh dan pegang, baru boleh perasan kat mana bezanya.

Faktor keselesaan masih diberi keutamaan dan ia disumbangkan oleh set suspensi talaan FTuned Suspension. Menambah seri luaran adalah rim 18-inci jenis Volk Racing ZE40 dengan tayar Zestino Gredge 07RR berukuran 225/40ZR-18. Kuasa hentian tidak menggunakan brek Brembo, sebaliknya dipasangkan dengan komponen dari Lexus yang memiliki saiz rotor lebih besar.

Walaupun memegang kod yang sama, enjin i-VTEC asal telah ditala pada nisbah kuasa yang jauh lebih rendah. Nama pun sedan keluarga, memang berkicap ler nak racing bagai. Sebagai penyelesaian, Farell telah menggantikannya dengan enjin K20A Type R, sebelum digabungkan dengan blok K24A serta set piston Wiseco 87.5mm sebagai pakej tingkat taraf.

Bahagian kepala silinder masih dikekalkan dan hanya diberi kerja-kerja port & polish untuk melegakan bukaan liang masuk dan keluar. Ia kemudian menerima bekalan udara, yang dibawa masuk dari kit induksi Simota. Untuk bantuan sejukan, unit radiator asal telah digantikan dengan radiator aloi Sard yang lebih besar. Memastikan lampu amaran enjinnya tidak menyala sesuka hati, unit ECU perlu digodam dengan perisian Hondata Flash Pro.

Untuk menyadokan lengan kiri, sistem transmisi telah diubah menjadi manual hasil penggunaan kotak gear Civic FD2R. Tiada perubahan besar di bahagian ini dan ia masih bergantung harap kepada unit klac yang asal. Belum slip katanya. Bagi meraih saki baki kuasa yang ada, sistem ekzos perlu diperangkan bermula dengan pemasangan ekstraktor Skunk2 Alpha, paip tengah kustom, serta muffler J’s Racing 70RR.

Seperti dijangka, bahagian dalam juga menerima salinan komponen dari model FD2R. Yang mana tengah bikin, tentu dapat agak berapa riban dah Farell habiskan untuk melengkapkan bahagian ini. Mula dengan dashboard, stereng, tempat duduk, konsul gear, panel pintu, set pilar, sampaikan karpet tu pun datang dari model yang sama. Bagi tujuan pemantauan pulak, bahagian tengah dashboard diserikan dengan 3 bijik meter Defi untuk bacaan suhu minyak, tekanan minyak dan suhu enjinnya.

Ketika ini, peminat Honda tempatan pasti sedang menantikan pelancaran rasmi model Civic FK8 Type R yang baru tuh. Walaupun di luar kemampuan ramai, reputasi sebagai model pacuan depan terpantas, sudah tentu memberi keterujaan kepada peminatnya di sini…

 

Previous Post

KEMBANG MENGIDAM

Next Post

SHIKAKU STYLE

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved