Enjin berkuasa turbo merupakan sejenis mesin kuasa yang didatangkan dengan sistem tambahan bertujuan untuk mendapatkan lebih prestasi daripada sesebuah kenderaan. Untuk mendapatkan kadar kuasa dan prestasi yang ingin dicapai, sudah pasti enjin tersebut dibina dengan teknologi yang terbaik oleh pengeluar kenderaan. Enjin tersebut perlu mampu bertahan bukan sahaja daripada segi peralatan yang digunakan, malahan mempunyai kebolehan beroperasi dengan cemerlang dalam keadaan suhu yang tinggi.
Fungsi minyak pelincir di dalam sesebuah enjin bukan sahaja untuk melancarkan pergerakan komponen di dalam bahagian enjin, malahan bertindak sebagai agen penjagaan dimana ianya dapat menyejukkan komponen-komponen tersebut sekaligus memastikan enjin dapat beroperasi dengan lebih baik tanpa sebarang masalah.
Sebagai sebuah pengeluar minyak pelincir yang terkenal, HI-REV dengan jayanya telah menghasilkan produk yang dikenali sebagai HI-REV 8140 dan HI-REV 8240 sesuai dengan permintaan pasaran bagi kenderaan bernadikan enjin berprestasi tinggi seperti GDI (Gasoline Direct Injection), enjin turbo serta GPFs (Gasoline Particulate Filters).
HI-REV Siri 8000 yang didatangi dengan standard API SP terkini dapat menghasilkan lebih prestasi serta memelihara enjin kenderaan anda. Dengan formulasi terbaharu ini, kuasa mampatan yang lebih tinggi mampu ditampung serta berkebolehan untuk membantu enjin mencapai lonjakan kuasa maksimum secara keseluruhan. Minyak pelincir dalam sistem turbo juga mampu menampung suhu melebihi 205 darjah Celsius; dua kali ganda daripada enjin bukan turbo.
Selain itu, minyak pelincir ini juga memastikan pembakaran dalam enjin yang sempurna, mengurangkan kadar kehausan komponen enjin, melindungi daripada hakisan, menjaga tahap kestabilan sistem pengoksidaan dan juga kawalan pengeluaran bahan deposit di dalam enjin. HI-REV Siri 8000 didatangkan dalam 2 varian sintetik sepenuhnya iaitu SAE 10W-40 (8240) dan SAE 5W-40 (8140).
Untuk maklumat lanjut, hubungi
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Web : http://www.hi-rev.com.my
Follow us on www.facebook.com/hirevjunction for more exciting news