Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mercedes telah memperkenalkan model kereta elektrik dan konsep EV sebagai barisan yang akan datang. Kini, syarikat tersebut mahu mempercepatkan peralihan untuk menjadi jenama yang hanya mengeluarkan EV. Namun begitu, ia akan mengambil lebih banyak masa atau mungkin lebih dari sedekat sebelum Mercedes meninggakan enjin pembakaran untuk selamanya.
Menurut laporan Automobilwoche, maklumat terperinci tentang strategi baru syarikat tersebut bercadang untuk mengeluarkan kebanyakan enjin pembakaran dari barisan kereta Mercedes pada tahun 2030. Walaupun begitu, syarikat tersebut tidak menetapkan sebarang tarikh untuk benar-benar berhenti mengeluarkan kereta dengan enjin pembakaran. Apa yang pasti, Mercedes berharap untuk menyingkirkan enjin pembakaran sebelum berakhirnya dekad ini itupun bergantung kepada kehendak semasa pasaran.
Sepertimana yang disebut awal tadi, Mercedes merancang untuk menawarkan setiap modelnya dengan versi elektrik sepenuhnya, menukar sokongan dan logistik pada peringkat korporat untuk EV. Pada tahun ini sahaja, Mercedes telah memperkenalkan EQS, EQB dan EQA yang tidak termasuk konsep EQT. Pada hujung tahun ini, dijangkakan sedan EQE bakal menyusul yang berkemungkinan dikeluarkan bersama SUV EQS.
Sumber : Motor1