Selepas mendedahkan sebahagian bentuk sporty Hyundai Elantra 2022 dalam beberapa keping gambar, Hyundai akhirnya akan berkongsi dengan lebih terperinci tentang sedan ini. Malah, menerusi teaser terbaharu, ia bakal diperkenalkan dan dilancarkan secara rasmi.
Sebagaimana yang diketahui, Hyundai terus cemerlang khusunya untuk divisyen N dan pelancaran model terbaharu ini dijangka bakal diminati ramai terutamanya di pasaran Amerika Utara. Walaupun begitu, Hyundai tidak berniat untuk mengetepikan beberapa pasaran penting lain.
Bagi makluman, sporty sedan ini akan dilancarkan secara tayangan perdana di seluruh dunia pada 13 dan 14 Julai, mengikut masa lokasi yang dipilih. Di Seoul, ia akan dilancarkan secara langsung pada 14 Julai pukul 9.30 pagi. Manakala lokasi lain termasuk Sydney, Dubai, Frankfurt dan Los Angeles.
Sumber : Autoevolution