Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Segala-galanya Di Hujung Jari, Perjalanan Lebih Mudah Sepanjang Hari

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
24/06/2021
in BULETIN, UTAMA


Bersesuaian dengan perkembangan teknologi, dunia audio juga tidak ketinggalan dan sering berubah dari masa ke semasa. Baru sahaja semalam dirasakan peminat audio sibuk memasang pemain CD double-din pada kereta masing-masing, sekarang trend beralih pula kepada pemain android. Berbanding pemain biasa, pemain android menampilkan beberapa ciri menarik dan terkini.

Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai jenama android yang menawarkan saiz skrin luas, saiz ram besar begitu juga dengan saiz penyimpan memori yang besar. Banjiran pemain android yang ada di pasaran ada kalanya mengaburi mata pengguna khususnya peminat audio dalam kereta kerana bukan semua yang ditawarkan mempunyai kualiti yang baik.

Salah satu jenama yang menawarkan pemain android yang mempunyai penyimpanan yang agak besar, ram yang tinggi dan yang paling penting, kelajuan sepantas kilat dan ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu hanya RM999. Pemain android dari Otonavi dan sekiranya anda ingin memasangkan kereta pada jenama tempatan atau keluaran Jepun, anda akan mendapat casing secara percuma!

Satu jenama yang tidak asing lagi, Otonavi telah mengeluarkan pelbagai jenis pemain multimedia dalam kereta dan terkini, ia menawarkan pemain android yang menepati citarasa pengguna. Skrin yang luas, dilengkapi dengan pelbagai ciri terkini dan mempunyai kelajuan yang sangat pantas. Pemain android Otonavi ini didatangkan dengan dua saiz skrin iaitu 9 dan 10 inci, bersama RAM 3Gb dan ROM 32 Gb, dijanakan oleh pemproses octa core 1.8GHz dan menggunakan android 10. Dijual pada harga RM999, ianya adalah sangat berbaloi untuk melengkapi sistem audio dalam kereta anda.

Bukan semata-mata luas, skrin yang digunakan adalah dari IPS HD penuh (1280 x 720). Apa keistimewaan skrin IPS HD penuh ini? Tidak perlu bimbang untuk melihat skrin ini samada di bahagian kiri atau kanan kerana tiada masalah silau seperti dihadapi pemain android lain. Lebih menarik lagi, ia turut didatangkan dengan DSP 32 band (EQ) binaan dalam. Dengan DSP ini, anda boleh menala mengikut citarasa yang dikehendaki. Sekiranya anda baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia audio serta tidak yakin untuk menala sendiri, tidak perlu risau kerana pemain android ini didatangkan dengan built-in preset. Malah, anda turut diberi pilihan seperti field, surroundbass enhancement dan bass filter.

Kebanyakan pengguna pemain android sebelum ini selalu berhadapan dengan masalah tidak dapat mendengar radio. Bagi mendapatkan frekuensi radio, mereka terpaksa install aplikasi dari pihak ketiga untuk mendengar radio. Namun dengan pemain android Otonavi, penerimaan frekuensi memang jelas dan bunyi audio kedengaran bersih serta padu tanpa sebarang gangguan.

Namun, kelebihan atau keistimewaan paling utama pemain android ini adalah pada kelajuannya seperti disebut awal-awal tadi. Kelajuan di sini bermaksud, kelancaran setiap kali menekan klik pada menu tanpa perlu menunggu lama. Kepada yang suka menggunakan internet, pemain android ini menghubungkan wifi dengan pantas. Baru sahaja buka hotspot yang ada di telefon pintar, pemain android Otonavi ini terus mengesan dan menyambungkan tanpa mengambil masa yang lama. Memang laju!

Kalau anda kaki Youtube, pemain android ini pasti menjadi kegemaran kerana hampir tiada masa untuk video yang anda ingin tonton mengalami masalah buffering. Selain Youtube, aplikasi lain yang sering digunakan pengguna khususnya navigasi seperti Google Maps dan Waze. Sebagaimana yang dapat dilihat menerusi video, anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan laluan yang dipaparkan oleh Google Map. Sebaik sahaja selesai memasukkan info destinasi, pemapar skrin sedia menunjukkan destinasi yang anda cari. Kini, tiada lagi masalah terlepas simpang atau masuk salah jalan. Semua maklumat yang disampaikan sepantas kilat!

Selain kelajuan yang melancarkan pemanduan, pemain android Otonavi ini juga dilengkapi dengan split screen yang mudah digunakan berbanding pemain android player lain yang ada di pasaran. Hanya tekan butang pada menu dan pilih ikon split screen tanpa perlu tarik untuk mendapatkan layout split screen seperti yang biasa dilakukan pada pemain android sebelum ini,

Bagi makluman, pemain android ini turut dilengkapi dengan support car play dan android auto. Anda boleh bercakap dengan android player dan memberi arahan. Hanya sambungkan telefon pintar menggunakan kabel dan aplikasi pemain android dengan menekan ‘car-link’ dan semua maklumat akan terpapar pada interface. Seterusnya, anda sudah boleh berkomunikasi dan bercakap dengan pemain android Otonavi ini. Produk Otonavi ini didatangkan dengan waranti selama setahun.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau ingin membeli pemain android Otonavi ini, sila hubungi;

Otonavi Sdn Bhd
No.19A&B, Jalan KS 3A,
Taman Kinrara, Sec.3,
47190 Puchong,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 0138390607
E-mel : otonavisdnbhd@gmail.com
Whatsapp : https://wa.link/rpan8l
Waze : https://waze.com/ul/hw2832vjg6
Google maps: https://goo.gl/maps/XXS2LqRSo4eeGPtL9
Facebook : https://www.facebook.com/Otonavi
Web : https://www.otonavi.com.my/

Previous Post

Tiada Jualan, Industri Automotif Negara Dianggar Kehilangan RM3.44 Bilion?

Next Post

Honda Civic Hatchback 2022 Dilancarkan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved