Tampil Cantik Dan Tampan, Manusia Sanggup Berhabisan Tanpa Kenal Rugi…
Nissan Sentra ataupun dikenali sebagai Nissan Sunny di Jepun, adalah satu jentera yang cukup popular di pasaran Asia pada suatu ketika dahulu. Dilancarkan di Jepun pada tahun 1982, model Sentra B11 diklasifikasikan sebagai kereta sub-compact pada masa itu, membuatkan ia sangat popular dengan teknologinya yang setanding dengan kereta keluaran barat. Malah bukan setakat itu, di Mexico, model abangnya iaitu B13 ataupun dikenali sebagai Nissan Tsuru adalah sangat popular sehingga ke hari ini.
Di negara kita sendiri, jentera ini sangat sukar untuk dilihat berada di atas jalan raya tetapi kena ingat yang pemainnya di Malaysia tetap ada dan bukan calang-calang cara nak membelanya. Mungkin bahagian enjin mudah didapati, tetapi aksesori luarnya sukar dijangka.
Berbalik kepada jentera ini, nadi asal pada model Sentra beliau ini hanya bersesaran 1600cc berkod GA16DE dan telah digantikan dengan enjin yang lebih berkuasa iaitu SR16VE dengan stroker kit 2 liter. Bahagian aci sesondol asalnya telah digantikan dari model Tomei 280” dan cam gearnya juga telah kustomkan. Konsep ubah suai ini selalu digelar ‘16 Fake’. Kabel palam pencucuh asal telah ditukar milik enjin K20 beserta distributor milik Mitsubishi Evo 4.
Radiator Sard dipilih untuk membantu sistem penyejukan enjin yang lebih baik. Unit ECU asalnya diubah suai kepada Standalone Speeduino bagi mengawal segala bacaan api, angin dan minyak yang lebih tepat dan tambahan seperti ‘2 step launch control’ dan pendek kata ianya membantu untuk proses penalaan yang lebih efektif. Kuasa dari bahagian enjin di hantar ke bahagian roda melalui kotak gear 5 kelajuan lengkap dengan LSD serta klac Trinity 6 kaki dan pelindung klac Exedy heavy duty.
Untuk kuasa membrek yang lebih mencengkam, jentera ini dilengkapi dengan kaliper brek 4 pot milik Skyline R32 manakala di bahagian belakang pula dari JN15. Tahap keselesaan dan kestabilan kereta bergantung pada sistem suspensi boleh laras BC Hi-Lo Soft-Hard yang digunakan. Ruang dalaman jentera ini telah digantikan dengan salinan lengkap dari model N15 antaranya papan pemuka, door trim dan tempat duduk. Ini sudah cukup memadai untuk pemiliknya menikmati sesi pemanduan dikala terasa perlu.
Penampilan luarnya pula dipadankan dengan kit badan dari JN15 Pulsar GTi. Yang mahalnya di sini adalah grill depannya! Adakah benar??? Ditambah dengan hood depan rekaan kustom, jentera ini kelihatan lebih agresif. Lampu di bahagian belakang telah digantikan dengan aksesori aftermarket yang nampak lebih menarik. Rim P1 Buddy Club berukuran 15 inci dibaluti dengan tayar Hankook V12 Ventus 2 dipadankan pada badan jentera ini.
Agak-agak korang, berapalah mamat ni dah habis melabur untuk kereta dia?
Spesifikasi
Kereta : Nissan Sentra B14
Modifikasi Enjin : SR16 Stroker kit 2L, ACL BEARING, cam pulley kustom, cam Tomei 280”, radiator Sard
Transmisi / Gearbox : Manual LSD 5 Speed, clutch Trinity 6 kaki, cover clutch Exedy Heavy Duty
Elektronik / ECU : Coil plug K20, distributor Evo 4, Standalone Speeduino
Suspensi & Cesi : BC Racing
Brek : 4pot R32 (depan)
Roda & Tayar : Rim P1 Buddy Club 15” et25
Dalaman : N15 Japan spec
Luaran : Depan N15 GTi Japan spec, lampu belakang aftermarket
Bengkel & Tuner : Amad IRF AUTO SERVIS & tuner Faizal ARP TUNE
Pemilik : AYIE