Baru-baru ini Cupra telah menyertai Seaqual Initiative dan melaksanakan plastik kitar semula ke dalam kereta keluarannya, Born. Tempat duduk dan juga headrest untuk hatchback elektrik ini menggunakan fabrik polimer kitar semula yang dinamakan sebagai Seaqual Yarn. Bahannya adalah dari plastik didapatkan dari pantai, lautan, sungai dan juga muara yang disediakan Seaqual Initiative yang berhubung rapat dengan komuniti setempat, nelayan, pihak berkuasa dan NGO.
Cupra Born merupakan kereta elektrik pertama yang memasuki era elektrik baharu. Kerjasama dengan Seaqual Initiative ini adalah untuk mencipta tempat duduk model baharu yang mendemonstrasikan gabungan sempurna di antara ketahanan, inovasi dan rekaan kontemporasi.
Bagi makluman, Cupra merupakan jenama dari Barcelona yang sangat berdedikasi untuk membantu mengekalkan sumber semulajadi memandangkan ia hampir dengan Mediterranean. Selainmenjadi kereta elektrik pertama, Born juga menggunakan konsep neutral C02. Model ini dibina di Zwickau di Jerman, yang menggunakan tenaga dari sumber yang boleh diperbaharui dalam rantaian bekalan dan pengeluaran bahan mentah.
Sumber : Carscoops