Mungkin tidak ramai kenal Jibam WM tetapi Wira Brotherhood Community dengan kerjasama MWCC Kuala Lumpur telah berusaha mengadakan satu TT Iftar yang bertujuan untuk mengutip sumbangan demi membantu beliau yang kini koma akibat kemalangan semasa bertugas. Dianjurkan pada 24 April lalu, program ini telah berlangsung di Kumim Uptown Telok Garang yang bermula dari pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam.
Memandangkan program dijalankan ketika pandemik covid-19, pihak penganjur memastikan agar setiap SOP yang ditetapkan terus dipatuhi. Kelab dan komuniti yang terlibat, mula meletak kenderaan masing-masing di tapak Uptown Kumim. Sesi pendaftaran dijalankan mengikuti SOP di mana setiap peserta mengimbas kod QR MySejahtera dan pemeriksaan suhu badan sebelum meneruskan program.
Para peserta yang terlibat telah menyerahkan potluck yang dibawa dan menanti waktu berbuka puasa. Pada jam 7.20 malam, majlis berbuka puasa atau iftar pun dimulakan. Selain itu, ruang solat turut disediakan oleh penganjur lokasi, Uptown Kumim.
Program diteruskan lagi dengan ucapan oleh pihak penganjur serta wakil-wakil kelab dan komuniti yang dimulakan sekitar jam 8.30 malam. Ini diikuti pula dengan majlis penyampaian sijil penghargaan dan penyerahan cenderahati kepada semua wakil yang sudi memberikan sokongan. Dalam masa yang sama, tabung kutipan buat Jibam turut dilancarkan.
Program ini ditamatkan lebih kurang jam 10.00 pagi sebelum disambung dengan sesi fotografi bersama Proton Tunerz. Wira Brotherhood mewakili para penganjur lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kelab, komuniti serta media yang memberikan sokongan. Semoga Jibam kembali sembuh seperti sediakala.
Antara kelab dan komuniti yang terlibat termasuk;
Sahabat Wira Tanjong Karang (SWTK)
Honda City GM2 Malaysia (GM2)
Abam Towing Bersatu
Wira Malaysia Club Motorsport (WMCM)
Garage Crew Community (GCC)
Wira Malaysia (WM)
Galaxy Wira Family Motorsport (GWFM)
Proton Limousine
Pengemudi Wira Aeroback Sedan (PWAS)
Kaki Sticker
Perkongsian : Mizi BotaX
Wira Brotherhood Community