Hujung minggu, cuci mata dengan senarai hypercar paling gila yang disenaraikan oleh Carbuzz sepanjang tahun 2020. Paling gila cantik, gila laju, gila semuanya. Bila orang tengok pun gila. Harga pun mahal gila. Kalau belum baca lagi, tentu ramai yang dah dapat agak kereta apa yang akan masuk senarai. Jom, kita tengok tekaan siapa yang kena?
Aston Martin Victor
Diinspirasikan dari Aston Martin V8 Vantage dari tahun 1970an sehingga tahun 1980an, Aston Martin Victor ini sesuatu yang tidak dijangkakan. Ia dikatakan sebagai tribute kepada Vantage berdasarkan casis monocoque karbon dari One-77. Victor turut menggunakan enjin V12 7.3 liter tetapi mempunyai kuasa yang lebih. V12 ini menghasilkan kuasa sekitar 750hp dengan One-77 tetapi Aston menyerahkannya kepada Cosworth untuk meningkatkan dari 750hp kepada 836hp dan tork 605 lb-ft menjadikan Victor, kereta paling berkuasa gila dari Aston Martin.
Maserati MC20
Kereta terbaharu dan berkuasa dari Maserati, MC20 ini apa yang diperlukan oleh jenama ini untuk mengembalikan zaman kegemilang jenama ini. Ujian intensif dengan aerodinamik dan badan carbon-fiber dan casis menandakan kereta ini ringan dan kekal atas permukaan jalan. Kombinasi enjin twin turbo V6 3.0 liter menghasilkan 621hp dan tork 538 lb-ft. Menurut Maserati, the MC20 mencecah 0-62 mph dalam masa kurang 2.9 saat dan 0-124 mph dalam 8.8 seconds dan kelajuan tertinggi pada 202 mph.
Hyperion XP-1
Teknologi sel minyak bahan api hydrogen perlahan-lahan memasuki pasaran arus perdana. Salah satu yang terus mencuba membawa teknologi ini ke hadapan ialah Hyperion. Selepas sepuluh tahun pembinaan kereta keluarannya, Hyperion menunjukkan kepada dunia kereta yang dihasilkannya mampu memecut dari 0-62 mph dalam masa kurang 2.2 saat dan dengan jarak sehingga 1,000 batu.
Lamborghini SC20
Rekaan The SC20 diambil dari Diablo VT Roadster, Aventador J, Veneno Roadster, dan Concept S. Dikuasakan oleh enjin V12 6.5 liter dalam Aventador SVJ Roadster, menguasakan 759 hp dan tork 530 lb-ft yang dihantar kepada semua empat tayar.
Bugatti Bolide
Prototaip yang memperoleh 1,824 hp dari enjin W16 dari Bugatti Chiron. Bagaimanapun, beratnya hanya 1,240 kg (2,733 lbs), yang menunjukkan ia mempunyai kuasa yang menakjubkan. Nisbah berat 0.67 kilogram setiap PS dan diperolehi menerusi carbon fiber sebagai asas pada kereta ini. Ia juga jentera litar dan bukannya kereta jalanan seperti Chiron. Menurut Bugatti, ia akan mengatasi litar Nurburgring dalam masa 5:23.1 minit. Secara keseluruhannya, lebih pantas dari pemegang rekod terkini AMG GT Black Series pada 6:43.616 minit.
Sumber : Carbuzz