Pada 1995, Daihatsu melancarkan sebuah K-Car dengan dimensi baru yang berjaya menarik perhatian pembeli ketika itu. Daihatsu Move amat ikonik kerana berjaya mewujudkan satu segmen kereta K-Car wagon yang lebih tinggi dari kebiasaannya. Bukan itu sahaja. Ia sarat dengan pelbagai ciri yang tidak terdapat pada kenderaan yang dibina dalam kelasnya, malah Daihatsu sendiri telah cuba menjadikan kereta kecil ini amat praktikal menerusi pelbagai fungsi pembolehubah yang berjaya memanfaatkan ruang dan berjaya menyaingi model Suzuki Wagon R yang merupakan pesaing terdekatnya ketika itu.
Sebanyak setengah juta unit model ini dijual dalam masa 3 tahun ia diperkenalkan sebagai model Japan Domestic Model di Jepun. Kereta kecil ini juga telah dieksport ke beberapa negara lain dengan kombinasi enjin 850cc dan 1000cc.
Di Malaysia, ia dikenali dengan nama Kenari. Sementelah pasaran K-Car baru yang diteroka Perodua, Kenari juga menjadikan pasaran kereta di Malaysia bertambah pada segmen kecil. Kereta ini mendapat sambutan menggalakkan ketika diperkenalkan pada tahun 2000 dengan enjin EJ-DE 1000cc dengan transmisi manual dan automatik. Berbeza dengan pelbagai spesifikasi yang dijual di Jepun, di Malaysia, ia hanya didatangkan dengan perbezaan transmisi semata-mata, serta versi Edisi Istimewa dengan perubahan yang tidak dominan.
Namun ia tidak menghalang seseorang seperti Aiman yang memang meminati kereta ini sejak dari ianya mula popular di kalangan peminat K-Car. Sedangkan ketika kereta ini mula diperkenalkan, beliau tidak berminat langsung berikutan bentuknya yang ‘luar biasa’ itu dan cuma ada Hyundai Atos dalam segmen sebegitu. Namun setelah melihat beberapa versi yang telah diap diubahsuai oleh teman-temannya, fikirannya berubah. Akhirnya m,engambil keputusan untuk membeli kereta ini untuk diubahsuai. Beliau berjaya mendapatkan sebuah model terpakai Aerosport tahun 2004 dengan harga yang agak berpatutan.
Aiman mengambil langkah yang lebih praktikal iaitu mengubahsuai kereta ini sekaligus pada satu-satu masa. Langkah awalnya ialah mendapatkan terlebih dahulu peralatan yang ingin ditukarkan. Ia bermula dengan bahagian luar yang menyaksikan penukaran spoiler asal, lampu belakang dan bumper asal Peanut. Berbeza dengan Kenari Aerosport yang menggunakan lampu belakang RS, lampu belakang Peanut datang dengan lensa jernih putih yang kelihatan kontras dengan warna merah kereta ini. Spoiler asal Aerosport walaupun secara fizikalnya nampak sama, namun spoiler asal Move peanut ini lebih panjang dan dipasangkan standard dengan lampu brek ketiga.
Tidak dapat dinafikan, Kenari Aerosport merupakan versi paling sporty sebelum versi RS. Namun tidak semua bersetuju dengan kosmetik Aerosport, Aiman menggantikan bumper hadapan Peanut tetapi mengekalkan grill dan bonet depan. Skirting sisinya juga diambil daripada model Peanut sementara visor pintu dan cermin sisinya juga dari model yang serupa. Cermin sisi bersalut krom ini bukan sahaja nampak cantik, malah sudut pandang belakangnya juga lebih luas dengan perspektif tinjau yang lebih jauh. Tahukah anda bahawa Aerosport didatangkan dengan kawalan cermin sisi jenis manual? Ya. Dan kerana itu jugalah cermin sisi Move ini dipilih kerana ia boleh dilipat dan dikawal secara automatik. Tema krom tersebut diintegrasikan bersama pemegang pintu yang ditukarkan kepada salutan krom sepernuhnya.
Bahagian kokpit Kenari ini juga telah berubah wajah dengan pemasangan kesemua seat Daihatsu Move Peanut. Menurut Aiman, beliau memilih seat ini kerana fungsi praktikalnya di mana bahagian hadapannya yang bersambung, perehat tangan terbina serta bahagian belakang yang boleh dilipat sepenuhnya. Ia menjadikan ruang bagasi lebih besar dan mudah untuk mobiliti barang keluar masuk. Bagi membolehkan bahagian belakang dilaras pada posisi paling belakang, tayar ganti asal Kenari juga telah ditukarkan kepada versi tayar ‘sotong’ Jepun yang lebih nipis, sekaligus papan penutupnya juga ditukar dan merendahkan platform kargo belakang kira-kira 1 inci. Ini membolehkan seat belakang dilaras pada posisi paling belakang. Seat tersebut juga boleh dilipat ke bawah dan secara automatiknya but belakang bertambah bilangan liter kargonya.
Penukaran seat tersebut secara teorinya hanya boleh dilakukan pada model bertransmisi automatik kerana ia menghalang kedudukan tombol gear dan hand brake lever. Proses seterusnya ialah menggatikan sistem gear ‘lantai’ kepada gear ‘tangan’. Ia melibatkan penukaran set column gear, kabel dan lever brek parking yang kini dikawal dari kaki kiri. Untuk menutup semula lubang lama pada gear lantai tersebut, karpet Move RS dipasangkan. Cantik berwarna hitam.
Pada peringkat awalnya, Aiman bercadang untuk menukar keseluruhan dashboard Move menggantikan bahagian asal, namun setelah membuat beberapa perkiraan, beliau bertukar kepada rancangan lain. Jika dashboard Move dipasangkan, bahagian atas sebelah penumpang tidak lagi boleh menyimpan barang kecil seperti kotak tisu. Ia adalah posisi beg udara. Namun beliau memerlukan konsol tengah yang mempunyai 1DIN tambahan. Jadi beliau telah membeli set dashboard Move RS yang telah rosak di mana beg udaranya pecah, mengasingkan peralatan yang hanya mahu dipasangkan.
Ia melibatkan bentangan meter utama, konsol tengah dengan bracket dan juga trimming konsol. Komponen ini dipasangkan terus kepada dashboard asal Kenari tanpa banyak pengubahsuaian dilakukan. Langkah seterusnya ialah memasang sistem audio yang melibatkan pemain DVD JVC dengan skrin LCD Pioneer. Ditanya kenapa menggunakan dua sistem berbeza, beliau memilih monitor Pioneer kerana plet luarannya yang boleh ditanggalkan untuk keselamatan, sementara DVD JVC tersebut pula adalah antara yang berkualiti dengan harga yang menarik di pasaran. Sebagai tambahan, sebuah subwoofer aktif Kenwood 4 inci dipasangkan di bawah tempat duduk depan.
Lain-lain produk yang ditukar untuk bahagian kabin kereta ini ialah karpet Move peanut, stereng dari Daihatsu Minilite yang memiliki beg udara, panel pintu Move Peanut dengan keempat-empat tingkap kuasa dan door pin Hello Kitty. Perancangan tambahan beliau di masa hadapan ialah konsol tengah dan konsol meter black marble serta satu unit sunroof ori Move. Setakat ini beliau cukup berpuashati dengan kombinasi yang telah dipilihnya. Jika bajet mengizinkan, beliau juga ingin memadankan speaker satelit dan speaker bumbung JDM.
Bahagian pengendalian kereta ini telah ditingkatkan selaras untuk mendapatkan pemanduan yang jitu. Set penyeraphentak K-Car AutoJewel telah dipasangkan bersama-sama dengan spring RSR Ti2000. Untuk breknya pula, beliau telah menggantikan brek depan L900 turbo dengan saiz cakera yang lebih besar. Rim yang dipasangkan pada kereta ini ialah dari Work Meister S1 berukuran 15 X 5.5 inci dengan tayar Goodyear NCT5 bersaiz 175/50/15 di setiap penjuru.
Kereta ini walaupun nampak simple, ia sebenarnya telah lengkap diubahsuai kepada Move model Peanut. Sesuatu yang jarang dipilih di kalangan peminat Kenari kerana bukan faktor kos, tetapi peri payahnya untuk mendapatkan komponen Peanut, khasnya bumper dan grill hadapan. Saingan terhadap model ini ialah Move RS, namun setiap orang punyai citarasa berbeza. Bak kata pepatah ‘lain padang lain, lain belalang’
SPESIFIKASI
- Pemilik –
- Pengeluar – Perodua
- Model – Kenari Aerosport
- Tahun – 2004
- Modifikasi Enjin – EJ-DE, 1000cc DOHC 12 v. Kotak gear automatik
- Transmisi / Gearbox –
- Elektronik / ECU –
- Ekzos –
- Suspensi – K-Car Auto Jewel, spring RSR Ti2000
- Brek – L900 turbo de3pan.
- Rim & Tayar – Rim Work Meister S1 15 X 5 inci, Tayar Goodyear NCT5 175/50/15.
- Dalaman – Seat Move Peanut, door trimming, power window, karpet Move Peanut. Gear column dan parking brake Move, 3rd DIN Move.
- Audio – Pemain DVD JVC, TFT indash monitor Pioneer, active subwoofer Kenwood, soeaker depan Kenwood 2 way 4 ¼ inci.
- Luaran – Bumper depan, skirting, lampu belakang, bumper belakang dan spoilker Move L901s Peanut.
- Bengkel –