Percaya atau tidak, Melaka banyak menyimpan banyak kereta hebat yang telah dimodifikasi.
Sebagai contoh, Proton Satria kelabu milik Tengku Fadhil ini. Tengku Fadhil memilih hanya naik taraf yang sikit berbeza berbanding orang lain.
Biasanya, Satria orang masukkan enjin MIVEC, GSR, VR4 atau Evo, tapi dia pilih enjin 4G61 daripada half-cut Mirage. Takda masalah pun sebab semua orang tau yang enjin ini kalau ditala dengan betul, boleh laju macam tak cukup tanah. Apatah lagi pada chasis ringan macam Satria.
Enjin 1,600cc dengan turbo tu mengekalkan keaslian blok dan kepala silindernya. Tetapi, turbo asal sudah diganti dengan turbo TD05 yang berasal dari enjin Evo. Kiranya turbo ini jenis ‘twin fin’.
Manifold ekzos daripada Tonkka digunakan untuk turbo melekat pada manifold dan sebuah wastegate Tial. Intercooler besar yang boleh anda tengok terkeluar daripada bampar hadapan itu ialah intercooler Trust. Saya agak ia daripada model Nissan Skyline GTR atau Toyota Supra.
Oleh sebab intercooler ini bukan untuk model Satria, jadi paipnya kena custom. Paip-paip intercooler keluli tahan karat perlu dibina dengan penyambung Samco bagi memastikannya kedap udara.
Injap blow-off GReddy Type-RZ dipasang pada paip custom itu. Untuk menutup lubang paip yang menyalurkan udara ke turbo, penapis udara HRG digunakan. Bagi tujuan melepaskan asap ke udara, Satria ini dipasang dengan set ekzos buatan custom saluran terus berdiameter 3 inci.
Tengku Fadhly menetapkan tahap maksima kepada 1.5bar. Bagi membolehkan enjin mampu memberi kuasa pada tahap boost itu, pam bahan api asal diganti dengan pam bahan api Walbro.
Aliran petrol kemudian dilaras oleh pelaras bahan api SARD. Kalau anda perasan, sistem pendawaian enjin ini layan barang Evo. Senang sahaja nak kenal, tengok air flow sensor, empat segi kan? Yang ori bulat bro.
Untuk talaan yang lebih tepat, enjin dibantu oleh A’PEXi SAFC Neo, iaitu ECU boleh diprogram jenis piggyback yang cukup untuk menala enjin ini.
Satu perkara yang best pasal enjin Mirage ialah kotak gearnya. Kalau layan enjin GSR atau Evo, sudah tentu kotak gear nak kena lock atau gabung masuk kotak gear lain. Tapi enjin Mirage memang ada versi 2WD, jadi sesuai lah dengan chasis Satria. Kotak gear itu dikukuhkan lagi dengan klac Exedy Racing jenis plat tunggal.
Enjin kuat macam ni kena la guna penyerap hentak yang lebih bagus. Anda pun tahu kereta Proton sebelum zaman Lotus tahap pengendaliannya macam tongkang kena lambung ombak.
Jadi, pemiliknya telah menggantikan semua penyerap hentak asal dengan penyerap hentak boleh laras Tein, lengkap bersama pillowball mount.
Brek Satria ini menggunakan brek 4 pot Mitsubishi GTO depan belakang. Pelapik brek pula ialah Endless, memang mantap kombinasi ini.
Minat Tengku Fadhil dengan barang asli JDM menemukannya dengan satu set rim SSR Type-C bersaiz 16 inci. Tayar pilihan ialah Yokohama A Drive R1 bersaiz 205/45/16.
Tema JDM diteruskan dengan bodykit asli Mirage Cyborg R, kembar seiras Satria dari Jepun. Bodykit ini menggantikan sepenuhnya bahagian depan, skirting sisi dan spoiler “Batman” untuk bonet belakang.
Pada bahagian kabin, papan pemuka asal digantikan dengan Lancer Evo III. Seterusnya, stereng Momo dipasang dengan tombol gear RalliArt. Di atas papan pemuka tadi, kelihatan sebaris meter-meter tambahan daripada Defi yang sememangnya kena selubung dengan kain tiap kali parking.
Turbo timer yang digunakan ialah GReddy old skool. Untuk membuang speed cut, meter RSM Pivot digunakan. Demi keselesaan pemandu dan penumpang hadapan, tempat duduk asal digantikan dengan kerusi Bride Low Max.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ