Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Crossover Tujuh Tempat Itu Kini Dibuka Untuk Tempahan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
22/10/2020
in BULETIN, UTAMA

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia mengumumkan spesifikasi penuh Mitsubishi XPANDER. Crossover tujuh tempat duduk ini sekarang dibuka untuk tembahan di semua bilik pameran bertauliah Mitsubishi Motors di seluruh negara, sebelum pelancaran rasminya di Malaysia yang dijadualkan pada November 2020.

XPANDER ini dikuasakan enjin petrol 1.5-liter MIVEC menggunakan blok aluminium yang menghasilkan kuasa 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141 Nm pada 4,000 rpm. XPANDER ini didatangkan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang mengoptimumkan kuasa dan penjimatan bahan api.

Mengulas mengenai XPANDER baharu, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tomoyuki Shinnishi berkata, “XPANDER adalah model penting bagi MMM dan kami optimistik bahawa ia akan menjadi model disukai ramai rakyat Malaysia kerana reka bentuknya tidak terhad kepada rupa estetikanya. Hari ini, kami gembira untuk mengumumkan spesifikasi penuh XPANDER baharu ini kepada semua. Kami memahami bahawa rakyat Malaysia kini mahukan kereta yang memenuhi aspirasi mereka untuk gaya hidup lebih aktif dan praktikal. Maka itu, XPANDER dibina khas bagi memenuhi kecenderungan rakyat Malaysia.”

Beliau menambah, “Di Mitsubishi Motors, kami mahu menawarkan model yang berharga lebih berdaya saing dengan spesifikasi yang lebih baik, maka itu kami memutuskan supaya XPANDER dipasang tempatan (CKD). Kami mahu memberikan lebih banyak kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan dan seterusnya, membolehkan mereka menikmati pengembaraan hidup tanpa had.”

Luaran
XPANDER baru tidak pernah gagal mencetuskan kekaguman dengan penonjolan reka bentuk futuristik. XPANDER mengikuti huraian konsep reka bentul hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield), yang digabungkan di dalam setiap kereta baru yang dilancarkan oleh Mitsubishi. ‘Perisai Dinamik’ menzahirkan prestasi tinggi dan rasa dilindungi untuk penumpang dan pejalan kaki.

Dari segi estetika, XPANDER didatangkan dengan beberapa senarai kit yang mengagumkan termasuk Lampu Hadapan LED, berkedudukan blok Kristal LED dan Lampu Belakang LED iluminasi L. XPANDER baharu juga dilengkapi rim roda aloi dua tona bersaiz 16 inci. Para pelanggan juga boleh menjelajahi tempat-tempat yang lebih mencabar kerana paras tinggi lantai kereta XPANDER adalah 205mm.

Dalaman
Di bahagian dalam, XPANDER menjadi yang terbaik di dalam kelasnya dengan keseluruhan tinggi 1,730mm dan panjang keseluruhan 4,475mm. XPANDER baharu ini memiliki jarak roda 2,775mm dan lebar 1,750mm yang menawarkan lebih banyak ruang kaki untuk semua penumpang.

XPANDER adalah satu-satunya kereta di dalam kelasnya yang boleh melipat rata kerusi bahagian kedua dan ketiga bagi memberi ruang barang yang penuh dan but menyerupai kereta yang menjadikan ia lebih mudah untuk mengangkut barangan besar atau panjang. XPANDER juga dilengkapi banyak ruang simpanan di bawah kerusi, kotak simpanan pada lantai kargo dilengkapi lampu, poke sisi barisan duduk ketiga dan pemegang botol, kotak konsol tengah dengan lampu, pelbagai kotak barangan dan kotak glove dua bahagian untuk menyimpan segala barangan yang diperlukan untuk perjalanan hujung minggu yang sempurna.

Malahan, XPANDER juga didatangkan dengan empat corong udara dipasang menerusi bumbung bagi edaran udara lebih baik ke atas setiap penumpang yang menjamin penyejukan lebih pantas pada hari yang panas. Untuk hiburan, XPANDER dipasang sistem Audio 9-Inci bersama Apple Carplay dan Android Auto Ready.

Keselamatan
Ciri-ciri keselamatan lain adalah dua beg udara SRS, Sistem Brek Anti Penguncian (ABS), Edararan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Kawalan Aktif Stabiliti (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Sistem Mengatasi Brek (BOS) dan banyak lagi.

Yang terakhir ialah XPANDER diperkenalkan dengan kluster meter berkontras tinggi 4.2 inci yang memaparkan maklumat penting seperti tolok suhu penyejukan enjin, dan amaran bagi kawalan luncur atau bateri lemah di dalam kunci kereta.

Pakej Pengedar Sah MMM
Bagi meningkatkan lagi nilai kenderaan, satu pakej pengedar sah MMM diperkenalkan. Ia akan merangkumi ciri-ciri seperti Pemantauan Sekeliling (ARM), Perakam Video Pemanduan (DVR) dan Sarung Kerusi Kulit. ARM menggunakan pelbagai kamera di sekeliling kenderaan bagi mewujudkan pandangan udara 360 darjah bagi membantu pemandu semasa meletak kereta.

Sebagai tambahan kepada ketenangan semasa memandu, DVR merakam setiap detik atau insiden di hadapan kenderaan semasa bergerak. Yang terakhir, sarung kerusi kulit berwarna hitam menambah lawa kepada reka bentuk kenderaan dan keselesaan menaiki kereta bagi pemandu dan penumpang. Semua aksesori ini diuji dan disahkan oleh MMM supaya mematuhi kehendak peraturan tempatan di Malaysia.

Para pelanggan di Johor dan Perak akan dapat melihat secara dekat Mitsubishi XPANDER baharu bermula 23 Oktober hingga 1 November.

Sila layari web rasmi MMM https://www.mitsubishi-motors.com.my/ dan halaman media sosial Facebook https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia/ dan Instagram
https://www.instagram.com/mitsubishimotorsmalaysia/ untuk acara-acara yang akan datang.

Previous Post

Denda Sebanyak RM1,073 Dan Enam Mata Penalti Lesen Memandu

Next Post

Tak Mustahil Dengan Perbatuan Yang Rendah Dan Restorasi Yang Gah!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved