Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Honda City Generasi Ke-5 Dilancarkan Hari Ini

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/10/2020
in BULETIN, UTAMA

Honda Malaysia melancarkan model City serba baharu generasi ke-5 di pasaran negara hari ini. Model terbaharu ini ditawarkan dalam empat varian malah didatangkan dengan pakej lengkap dan menarik melangkaui segmen B. Lebih membanggakan, Malaysia turut menjadi negara pertama di dunia melancarkan varian RS e:HEV yang ditunggu-tunggu peminat jenama dari Jepun ini.

Model City terbaharu ditawarkan pada harga seperti berikut :-

Bagi varian RS e:HEV pula ia hanya akan tersedia pada Januari 2021 dan harganya akan diumumkan kelak.

City baharu didatangkan lima warna menarik iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara (Platinum White Pearl).

Menampilkan rekaan lebih padu dan bergaya, City terbaharu generasi ke-5 memiliki ukuran 111 mm lebih panjang, 54 mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding model generasi ke-4. Varian RS e:HEV dilengkapi gril hadapan baharu berwarna hitam berkilat, lip hadapan baharu dengan corak karbon. Di bahagian belakang pula, ia hadir dengan bampar belakang baharu bersama peresap udara sekali gus menyerlahkan lagi sisi sporty.

Selain itu, RS e:HEV didatangkan spoiler belakang baharu dan perumah cermin sisi berwarna hitam memperlihatkan dua tona warna di bahagian badan jentera ini. Varian V dan RS e:HEV City menawarkan lampu utama LED baharu dengan lampu nyalaan siang LED, lampu kabus hadapan LED dan lampu belakang LED baharu. Kedua-dua varian itu juga menggunakan rim aloi bersaiz 16 inci yang melengkapkan lagi penampilan bergaya sedan tersebut.

Bahagian dalaman menekankan tekstur berkualiti tinggi dan teknologi terkini bagi memastikan keselesaan pemandu serta penumpang. Ruang kaki penumpang belakang telah dipanjangkan malah corong pendingin hawa belakang hadir sebagai ciri standard pada semua varian bagi memastikan keselesaan penumpang.

Varian RS e:HEV dilengkapi paparan kluster meter interaktif 7 inci, pad pedal lebih sporty, tempat duduk dibaluti fabrik Ultrasuede dengan jahitan kemas benang berwarna merah pada bahagian dalaman. Bagi varian E, V dan RS e:HEV, ia dilengkapi paparan audio berukuran 8 inci yang boleh dipadankan Apple CarPlay dan Android Auto.

Buat pertama kali dalam barisan model Honda Malaysia, varian RS e:HEV akan dijana oleh rangkaian kuasa intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD). Ia sekali gus memberi pecutan lebih berkuasa dan lancar setara dengan tork enjin Aspirasi Natural segmen D. Rangkaian kuasa i-MMD dan sistem Intelligent Power Unit (IPU) boleh bertukar antara tiga mod pemanduan iaitu PacuanEV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin.

RS e:HEV juga didatangkan dengan ciri Pedal Pilihan Nyah Pecutan (Deceleration Selector Paddles) yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk janaan semula kuasa dan memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan pedal brek.

Dalam pada itu, varian S, E dan V mendapat khidmat enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu. Menjadi enjin paling baru dalam segmennya, ia menjanjikan keseimbangan yang ideal di antara prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api. Dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT), enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 121PS, paling tinggi dalam kelasnya dan tork maksimum145 Nm.

City baharu ini turut menampilkan pelbagai ciri pertama dalam kelasnya menerusi ciri-ciri yang biasanya terdapat pada kenderaan segmen C, D dan SUV. Antaranya termasuk Honda LaneWatch, brek parkir elektrik dan penghidup enjin kawalan jauh.

Dari segi keselamatan, ia menawarkan ciri-ciri standard seperti bantuan kestabilan kenderaan, sistem brek anti-kunci, agihan brek elektronik, bantuan brek, amaran berhenti kecemasan, bantuan mula mendaki, ISOFIX di tempat duduk belakang dan amaran tali pinggang keledar belakang baharu.

Untuk meningkatkan pakej City RS e:HEV, ia bakal hadir dengan ciri keselamatan termaju paling lengkap dalam segmen B iaitu Honda SENSING.

Senarai sistem bantuan keselamatan pemandu dalam Honda SENSING adalah seperti berikut:

Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)

Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)

Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)

Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)

Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)

Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)

Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Untuk maklumat lanjut atau pandu uji City terbaharu ini, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau melayari laman webwww.honda.com.my.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Impak Gempak Dalam Saiz Kompak

Next Post

Pelancaran Volkswagen Passat R-Line Baharu Ke Pasaran Malaysia

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved