EX Concept Sdn Bhd merupakan pembekal serta penjual aksesori kenderaan yang lebih tertumpu kepada bodykit, produk gantian karbon, rim, stereng dan alat ganti OEM. Bertempat di Bandar Puteri Puchong, EX Concept Sdn Bhd telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Bersama FC Owner Club pada 19 September 2020 yang lalu.
Tujuan utama Hari Bertemu Pelanggan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan premis baharu mereka yang berlokasi di Bandar Putri Puchong. Kesempatan ini juga digunakan untuk memperkenalkan produk serta servis yang ditawarkan kepada ahli FCOC. Acara dimulakan sekitar pukul 12.00 tengah hari, ia juga mencatatkan peristiwa bersejarah yang menyaksikan perjanjian termeterai di antara EX Concept bersama FCOC yang dilantik sebagai kedai panel ahli-ahli FCOC.
Seramai 41 orang ahli bersama jentera Honda Civic FC dari kumpulan FCOC telah menghadiri dan memeriahkan lagi Hari Bertemu Pelanggan ini. EX Concept turut memberi harga promosi kepada ahli-ahli yang datang dan beberapa ahli lagi merebut peluang harga promo EX Concept dengan memasang produk Honda Civic FC seperti bodykit dan spoiler.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Ex Concept Sdn Bhd
11, Jln Puteri 7/15, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Whatsap:016-240 0194 / 018-370 1511
Facebook : https://www.facebook.com/exconceptsdnbhd