Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Memotong Kenderaan Lain Dengan Pantas Dan Kekal Selamat

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/09/2020
in BULETIN, UTAMA

Memandu di kawasan berbukit dengan selekoh berselirat memerlukan teknik dan cara berfikir yang sangat berlainan dengan memandu di lebuh raya. Kegagalan anda mengadaptasi cara pemanduan boleh mengakibatkan kemalangan maut, satu perkara yang kita cuba elakkan.

1. Cara kedudukan pemandu – sekiranya anda memandu di laluan berselekoh, amat penting kedudukan tangan dengan stering perlu diubah. Pastikan pergelangan tangan boleh diletakkan di atas stering dan ketika memandu pastikan anda memegang stering dengan 2 tangan pada kedudukan pukul 3 dan 9 dengan lengan masih bengkok.
Ini memastikan anda mendapat kawalan penuh pada stering dan boleh melalui selekoh tajam dengan mudah dan senang.

2. Baca papan tanda – sudah pasti anda jarang mengambil tahu berkenaan maklumat yang cuba disampaikan oleh papan tanda terutama ketika melalui jalan berselekoh dan berbukit. Antara perkara yang anda perlu ambil tahu ialah;

2.1 – Amaran jalan berbahaya (tanda seru), kemungkinan ada bahaya.

2.2 – Amaran selekoh tajam yang biasanya lebih besar daripada biasa (biasa dipasang di selekoh).

2.3 – Amaran kawasan kemalangan

2.4 – Amaran jalan licin ketika hujan

2.5 – Peringatan untuk menggunakan gear rendah ketika menuruni bukit. Kegagalan anda untuk mematuhi amaran ini boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas (samaada understeer atau oversteer) ketika melalui kawan tersebut. Sama seperti litar, amaran ini dipasang untuk mengingatkan pemandu agar jangan melampaui had fizik kenderaan.

3. Baca garisan jalan – sekiranya anda melalui selekoh tajam, garisan jalan akan berubah menjadi berkembar menandakan anda dilarang sama sekali memotong disebabkan selekoh tersebut ada titik buta. Anda tak nampak kereta yang datang dari arah hadapan dan kalau memotong juga ia bagaikan memperjudikan nyawa

4. Anggarkan titik buta – selain dari selekoh tajam, titik buta juga wujud di jalan berbukit walaupun jalan tersebut lurus. Jadi jangan ingat jalan lurus anda boleh memotong dengan yakin. Jika anda sedang mendaki, titik buta anda adalah dari hadapan kerana anda tidak dapat melihat kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

5. Membrek dan mengambil selekoh – salah satu perkara yang sering dicuba oleh pemandu baru ialah memotong di jalan lurus sebelum jalan mulai membelok. Jadi anda memotong, masuk semula ke dalam lorong, tekan brek dan mulai membelok.

Aktiviti brek dan membelok ini dikenali sebagai trail braking, namun tak semua pemandu mahir. Sekiranya anda terlalu laju, membrek ketika selekoh akan memberi beban yang besar pada tayar depan. Tayar depan akan hilang grip mekanikal dan kereta mulai terbabas jika anda terlebih brek ketika selekoh.

Masalahnya jika anda understeer dan mulai memasuki laluan bertentangan, besar kemungkinan kemalangan akan berlaku. Kalau anda tidak biasa dengan laluan tersebut, jangan amalkan trail braking.

6. Fahami keupayaan kenderaan anda – selain dari kekuatan enjin dan tork untik memecut pantas, salah satu kriteria lagi ialah memahami had brek kereta anda. Sekiranya anda membawa ramai penumpang, prestasi pecutan dan brek kereta anda tidak akan sama sewaktu anda memandu seorang diri.

7. Membrek di garisan lurus – sebaiknya amalkan membrek di garisan lurus di mana kereta kekal stabil walaupun anda membrek dengan lebih agresif. Tekan brek sehingga kereta mencapai kelajuan yang sesuai untuk memasuki selekoh dengan selamat. Namun ingat pastikan anda masuk pada halaju yang betul, kerana jika terlalu laju sistem ESC pun gagal menyelamatkan anda

8. Laluan memotong – sesetengah kawasan menyediakan laluan memotong di kawasan mendaki. Ketika ini ambil peluang untuk memotong kenderaan berat dengan cepat. Pastikan anda menggunakan gearyang lebih rendah (D2,D3) bagi gear auto ataupun gear 3 atau 4 bagi kereta manual bagi menggandakan tork pada tayar
Selesai memotong berikan laluan pada kenderaan lain yang lebih laju, jangan pentingkan diri sendiri.

9. Isyarat dari lori – sesetengah pemandu lori amat bertimbang rasa, disebabkan mereka berada lebih tinggi mereka akan nampak dengan jelas keadaan jalan. Jika jalan selamat untuk memotong, pemandu lori akan menyalakan lampu isyarat ke kiri. Lepas memotong jangan lupa ucapkan terima kasih pada pemandu lori dengan menekan hon 2 kali.

10. Jangan memotong – jika anda baru menyesuaikan diri dengan kereta baru dan jalan yang baru dilalui. 2 faktor ini jika bergabung akan menjadi punca kemalangan. Jika keadaan jalan bertambah licin akibat hujan, adalah lebih baik pandu dengan lebih perlahan untuk mengelakkan fenomena aquaplaning.

Antara kawasan yang dilarang memotong ialah
10.1 – dihadapan sekolah kerana terdapat kenderaan keluar masuk dan pelajar yang ramai
10.2 – di persimpangan jalan, banyak kereta yang keluar masuk dari simpang
10.3 – atas jambatan biasanya menggunakan garisan berkembar
10.4 – dalam terowong

11. – Cara memotong kenderaan lain dengan betul:
-pastikan tiada kenderaan dari arah bertentangan dan jarak yang selamat untuk memotong
-tukar gear rendah untuk dapatkan momentum dan bagi signal ke kanan
-periksa cermin sisi jika ada kenderaan lain yang sudah memotong, jika ada bagi peluang padanya untuk memotong
-potong kenderaan perlahan dengan cepat dan masuk semula ke lorong asal
– tukar semula pada gear asal

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Ford Ranger Tremor

Next Post

Jualan Kenderaan Meningkat Pada Bulan Ogos

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved