Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PROTON GEN2 DENGAN ENJIN GSR CK PUN OK…

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/08/2014
in MODIFIKASI, UTAMA


Ramai sedia maklum bahawa Gen2 ialah model penting yang telah mengubah kedudukan selesa Proton daripada sebuah syarikat penukar logo kepada pengeluar kereta sebenar.

Bukan kata sebelum itu Proton tidak menghasilkan kereta, cuma banyak sangat meminjam teknologi pihak ketiga. Penghasilan platform baru itu turut dirancakkan lagi dengan pengenalan enjin Campro.

Kalau nak cerita pasal kelebihan dan kekurangan Campro, sampai tahun depan pun tak habis. Senang cakap, kalau rasa asal boleh, guna sahaja. Kalau rasa tak cukup kuasa, mari kita tengok apa dah jadi pada Gen2 ini.

Gen2 putih ini milik saudara Syafik yang juga pengasas komuniti Gen2 Crews Malaysia. Bagi Syafik, dia lebih senang memilih kaedah tukar enjin untuk mendapatkan kuasa yang diinginkan. Tambahan pula dia sudah mengaku kalah dengan kerenah enjin Campro yang suka betul duduk dalam bengkel.

Enjin popular yang boleh digunakan dan tidak salah di sisi undang-undang tentunya 4G93T daripada Mitsubishi Lancer kod CM5A atau lebih dikenali sebagai GSR CK. Proses naik taraf itu dilakukan di Drift Dream Auto Garage Puchong. Selain mendapat sentuhan hikmat Ajie Autoworks Garage, Senawang. Makan bulan juga nak siap. Namun, hasilnya nyata berbaloi dengan duit yang telah dilaburkan.

Seperti yang sepatutnya, kepala silinder menjalani kerja-kerja port & polish ringan untuk melancarkan semula aliran sewaktu proses pembakaran. Bekalan bahan api pula dihantar menerusi pam berkuasa tinggi Walbro. Tekanannya dilaras menggunakan unit regulator Works Engineering.

Turbo asal telah digugurkan untuk memberi laluan kepada turbo TD05 16G 9T daripada Mitsubishi Evo IV. Ia digantung kemas pada manifold banana custom yang turut tersangkut sebuah wastegate luaran Turbosmart Ultra-Gate38.

Untuk menyejukkan enjin, sebuah intercooler Greddy dengan paip sambungan custom diletak kemas pada bampar hadapan. Jumlah kemasukan boost dikawal menggunakan Turbosmart Boost Tee Controller. Manakala injap pelepas Turbosmart Supersonic berfungsi melepaskan boost berlebihan. Boost yang ditala setakat ini ialah 1 bar. Cukup lah 1 bar. Kereta bawa ulang-alik pergi kerja sahaja. Jadi, OTR setting sudah memadai.

Bagi menjamin perjalanan sistem enjin tidak kelam kabut, sistem pengurusan enjin jenis “piggyback” diserahkan kepada unit E-Manage Blue yang ditala oleh tuner terkenal iaitu Joshua di Millenium Motorsports Sunway. 262hp tu! Dah boleh main kejar-kejar dengan Evo lepas ni yer?

Sistem ekzos dibina menggunakan paip 2.5 inci stainless steel sebelum sampai ke inlet 3.0 inci muffler Skunk2 Megapower dengan outlet berukuran 4.5 inci. Fuh! Lengkap!

Kecemerlangan sistem pengendalian juga perlu diberi keutamaan. Syafik meletakkan kepercayaan kepada sistem suspensi boleh laras GAB SS series yang dipadankan dengan pillow ball aftermarket Jasma.

Sistem brek menggunakan komponen Lancer CM5A di bahagian depan dan diperkuatkan lagi dengan pad brek Bendix General CT. Sementara bahagian roda dicantikkan dengan set rim Volk Racing TE37 serta tayar Dunlop FM501 bersaiz 205/50R-16.

Bahagian luar Gen2 ini dipasang dengan kit badan yang lebih menarik. Bampar depan menggunakan produk aftermarket yang diilhamkan mengikut rekaan bumper asal Satria Neo R3. Sementara skirt sisi dan belakang ialah produk R3. Spoiler pula rekaan Mugen, hood depan custom ala-ala Evo VIII, vortex diffuser di bahagian bumbung, selain lampu depan dan belakang aftermarket.

Ruang dalaman turut diubah suai. Papan pemuka asal digantikan dengan GSR CK bersama gajet-gajet tambahan seperti Pivot Speed Meter, HKS Turbo Timer dan meter boost Greddy.

Panel-panel pintu telah ditukar dengan panel pintu Gen2 CPS. Rare tu! Tidak ketinggalan, penggunaan stereng Momo Evo IV, tombol gear RalliART, sepasang bucket Bride Low Max, Takata Corporation harness di bahagian pemandu, pemain cakera padat 2-Din Kenwood dan tweeter Mohawk.

Oh ya, beberapa bar untuk tujuan kestabilan semasa mengambil selekoh seperti room bar, front strut bar dan lower strut bar jenama Ultra Racing turut dipasang.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

FORD RANGER EXTREME

Next Post

TOYOTA COROLLA WAGON ENJIN NISSAN

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved