Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

FORD ESCORT MK1

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
08/08/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Saya memang meminati kereta klasik sejak zaman belajar di universiti lagi. Tatkala kawan-kawan sibuk nak beli motor Yamaha TZM atau RXZ, saya simpan angan-angan nak pandu kereta klasik.

Kereta klasik yang saya minat pada masa itu tak lain tak bukan Ford Escort. Semasa di tahun akhir, saya berjaya membeli sebuah Ford Escort Mk2 Ghia empat pintu sebagai kereta harian.

Semangat modifikasi pun terus membara. Escor itu mengguna pakai karburator Weber 40 DCOE berkembar dengan aci sesondol perlumbaan. Kereta memang laju, minyak pun laju juga. Nasib baik masa tu harga petrol baru RM1.20 seliter.

Percaya atau tidak, kereta ini boleh dibawa balik kampung di utara hampir setiap bulan dengan dua atau tiga orang penumpang dan bonet belakang penuh dengan barang. Siapa kata kereta klasik tak tahan lasak dan tak boleh bawa jalan jauh?

Bagaimanapun, impian sebenar saya nak layan Ford Escort dua pintu. Tak kiralah model Mk2 atau Mk1, bagi saya sama best. Kalau dapat body Mk2 dua pintu, saya mesti nak cat warna oren dengan jalur hitam, baru la sama dengan kereta Hail Amir! hahaha! Tapi sekarang saya tengok makin mahal pula harga Escort dua pintu ni, terima kasih kepada filem Fast and Furious.

Jadi, siapa ada simpan kereta Escort dua pintu kiranya dah macam menang loteri. Kereta makin mahal, walaupun body dah reput. Kalau ada modal, baik juga dimodifikasi macam Escort Mk1 ini.

Pemiliknya bernama Elias, orang Muar dan bekerja sebagai tukang kayu. Ford Escort klasik dia asalnya menggunakan enjin terkecil dalam keluarga Ford Escort iaitu enjin Kent 1,100cc yang sememangnya lebih lembab daripada seekor siput sedut.

Ramai peminat Escort yang menggantikan enjin asal itu dengan enjin 4AGE Toyota. Kalau yang lebih ekstrem, tukar enjin CA18DET atau SR20DET Nissan. Dengan chasis yang dah uzur, ada baiknya enjin yang dipilih tak terlalu berkuasa dan tak terlalu lembab.

Atas sebab itu, Elias memilih untuk menggunakan enjin Datsun A15 yang diambil daripada van Nissan Vanette C20. Enjin bersesaran 1,500cc itu mungkin bukan yang paling berkuasa, tetapi amat menjimatkan petrol. Paling penting, cukup lasak untuk digunakan setiap hari.

Enjin itu tak banyak diubah suai. Hanya sebuah penapis udara K&N digunakan bagi menapis udara yang disedut oleh karburator tunggal enjin. Radiator pula mendapat khidmat radiator aluminium JASMA dengan kipas radiator jenis elektrik yang lebih efisien untuk menyejukkan enjin. Datang bersama enjin ialah kotak gear manual lima kelajuan yang memberikan tambahan nisbah gear kepada Escort yang dahulunya hanya mempunyai empat kelajuan.

Bagi mendapatkan tahap kerendahan yang diingini, tak payah susah-susah nak cari penyerap hentak boleh laras. Buang masa sahaja sebab memang takkan jumpa. Melainkan anda order Koni dari England. Tetapi harganya boleh beli satu lagi Escort.

Jadi kereta lama, modifikasi absorber pun cara lama lah. Masukkan minyak pada penyerap-penyerap hentak standard Escort. Untuk merendahkan kereta, potong spring depan dan kat belakang, masuk lowering block custom, habis cerita.

Brek ialah satu masalah besar untuk kereta ini. Kalau pernah pandu Ford Escort yang tidak diubah suai, anda pasti akan terharu dengan keupayaan membrek kereta ini, memang hampeh.

Namun, sistem brek yang cukup asas ini juga memudahkan mekanik mengubah suainya. Ford Escort ini menggunakan pam brek dan booster daripada Perodua Myvi. Cakera depan bersama angkupnya masih menggunakan barang asal. Cuma brek gelendong di belakang sudah diganti dengan brek gelendong asal Nissan Vanette.

Satu lagi pening kereta Ford ini ialah pilihan rim. Biasa lah, kereta Eropah PCD dia lain berbanding kereta Jepun. Di Malaysia, sudah tentu kebanyakan rim yang dijual menggunakan PCD rim kereta Jepun.

Tapi itu pun dah tak jadi masalah, sebab pemiliknya dah ubah suai PCD asal kereta kepada PCD 114.3, iaitu PCD yang cukup popular dengan kereta buatan Jepun. Sebab itulah Escort ini dimasukkan dengan rim buatan Jepun dari jenama SSR Star Formula berdiameter 14 inci. Rim rekaan klasik itu dibalut dengan tayar-tayar Falken bersaiz 185/60/14.

Untuk ubah suai dalaman dan luaran, kereta ini mendapat sedikit sentuhan moden. Bahagian badannya direstorasi semula dan dicat dengan warna coklat keemasan dan lining berwarna hitam yang mengikut corak asli Ford Escort Mexico.

Bahagian dalaman pula dikemaskan semula dengan karpet baru berwarna hitam. Kulit pintu dibalut dengan vinyl hitam. Tempat duduk depan menggunakan sepasang Recaro model SR3 (pemandu) dan Fishnet untuk penumpang.

Stereng asal diganti dengan stereng sports buatan Sparco. Paling penting, kereta ini dimasukkan dengan sistem pendingin hawa! Anda percaya tak model asal Escort ini tak ada pendingin hawa?

Walaupun kereta Escort ini tidak selaju Escort yang beraksi dalam filem Fast and Furious, tetapi sekurang-kurangnya kereta ini dah selamat digunakan untuk pemanduan harian, tak kira untuk pemanduan dalam bandar ataupun di atas lebuh raya. Apa yang pasti, ramai akan menoleh ke arah kereta ini setiap kali ia dipandu.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

KELISA DAIHATSU YRV

Next Post

FORD RANGER EXTREME

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved