Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

TOYOTA CORONA T140

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
11/06/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Corona merupakan model eksekutif Toyota pada tahun awal 1980-an dan tak ramai yang mampu membelinya.

Saingan Corona pada masa itu seperti Honda Accord 1.6 dan Mazda 626 tidak dapat menandinginya. Corona mempunyai pilihan enjin yang lebih besar iaitu 1.8 liter dan pilihan enjin diesel yang amat diminati oleh pengusaha teksi ketika itu.

Corona ini juga ialah model Corona yang paling lama diproduksi dari tahun 1982 hingga 1989 oleh kerana terdapat permintaan untuk model wagon dan teksi di Jepun. Satu lagi perkara unik dan pelik untuk kereta sekelasnya pada era itu ialah penggunaan konfigurasi pacuan roda belakang – sesuatu yang boleh dianggap melawan arus semasa ketika itu. Tetapi, keunikan Corona ini menyebabkan ia masih disimpan ke hari ini oleh para peminat kereta berbanding dengan kereta lain yang sekelas dengannya.

Dengan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD), proses pertukaran enjin sebenarnya lebih mudah oleh kerana kita tak perlu risau tentang kedudukan kotak gear. Sebabnya, kedudukan semua kotak gear enjin RWD sama sahaja, di tengah.

Long shaft boleh ditempa secara custom untuk diseragamkan dengan panjang kenderaan. Jadi tiada masalah hendak kena potong driveshaft macam kereta pacuan roda hadapan. Gandar belakang pun boleh diubah suai. Gandar belakang ini juga sememangnya amat tahan lasak berbanding CV joint kereta pacuan roda hadapan. Maka, untuk tampung kuasa dan tork yang tinggi pun tiada masalah.

Kalau saya ada Corona macam ni, modifikasi serupa akan dibuat. Campak keluar enjin 1.8 standard dan bawa masuk enjin 1G-GTE. Enjin 1G bersesaran 2,000cc dengan pengecas turbo ialah enjin yang cukup popular dalam kalangan peminat Toyota klasik oleh kerana harga half-cutnya berpatutan dan berkuasa tinggi. Enjin ini pun bersaiz agak kecil, jadi ruang enjin sempit Toyota klasik tidak perlu dipotong untuk memuatkannya.

Lazimnya, ramai orang membiarkan enjin ini tanpa modifikasi lain, kerana enjin ni dalam keadaan standard dah boleh jana 200hp. Tapi lain halnya dengan pemilik Corona ini. Enjin ini asalnya datang dengan sepasang turbin CT-12 yang kecil. Tetapi sudah diganti dengan turbin Garret tunggal yang terletak di atas manifold ekzos custom untuk kedudukan top mount. Sebuah wastegate jenis external dari Turbosmart turut dipasang bersama sebuah blow-off HKS SQV.

Bagi menyejukkan turbin, sebuah intercooler custom telah digunakan. Ia menyalurkan udara sejuk kepada turbin melalui paip-paip keluli tahan karat yang bersinar-sinar. Sebuah penapis udara K&N menjadi penebat antara habuk dari atmosfera dan bilah turbin. Gas-gas ekzos dilepaskan melalui paip ekzos 2.5 inci custom sebelum dibebaskan ke udara oleh sebuah peredam bunyi HKS.

Kotak gear asal yang datang bersama-sama enjin ini dipertingkat dengan klac perlumbaan TRD. Ia menyalurkan kuasa ke gandar belakang yang diubahsuai daripada model Toyota AE86. Dari segi pengendalian, Corona ini mendapat khidmat penyerap hentak boleh laras bersama-sama pillow mount yang disedekahkan daripada half-cut Nissan Silvia S13 di hadapan dan Toyota AE86 di belakang.

Anda seorang yang gila jika tidak mengubahsuai sistem brek lepas masuk enjin dengan turbo sebesar ini. Oleh kerana pemilik Corona biru ni masih waras, sistem brek diganti dengan brek cakera depan dan belakang dari model Toyota AE86 bersama pam brek Supra JZA70.

Bagi mengisi ruang arca roda, rim SSR Integral A2 dengan tayar Kumho Ecsta menjadi pilihan. Rim berjejari lima ini mungkin nampak sedikit moden berbanding kereta. Tetapi saya nampak dah apa visi dan misi pemiliknya. Korang sendiri boleh lihat kereta ni nampak macam kereta pergi surau dan intercoolernya pun tidak kelihatan. Kalau pelekat Mine’s dan TRD itu ditanggal, ia nampak seperti sebuah kereta standard!

Ruang dalaman Corona ini sememangnya boleh dipuji, kemas dan bersih dengan beberapa aksesori. Stereng sudah pasti diganti dengan stereng sports yang lebih ganas. Dalam kes ini, stereng buatan Tom’s.

Kelihatan juga takometer Pivot dan meter air/fuel ratio Auto Meter di atas papan pemuka. Sepasang tempat duduk Levin menggantikan tempat duduk hadapan yang asal demi keselesaan.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

MAZDA RX7 EFINI

Next Post

JAGUH WRC – MITSUBISHI GALANT VR4 4WD E39A

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved