Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI LANCER A174 (1982)

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
21/04/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Kereta ini mengingatkan gua tentang satu perkara, Green Goblin. Lebih tepatnya tentang seseorang, Allahyarham Irwadi Aki. Kereta Lancer A172 hijaunya menetapkan satu standard baru bagaimana sebuah Lancer purba harus dibina.

Ini ialah Lancer serupa yang bertemakan restorasi penuh. Saya tak fikir ramai yang masih lagi menyimpan model ini untuk projek. Kalau lima atau enam tahun dulu, Lancer ini memang meriah. Sekarang, macam suram saja. Kereta ini milik Azman dari Yong Peng, Johor. Azman membeli kereta ini dengan harapan satu hari nanti dapat disiapkan menjadi sebuah Lancer yang sempurna.

Seperti yang diketahui, nak cari barang kereta ini bukannya senang. Anda perlu berusaha gigih dan berbekalkan sejumlah duit yang banyak. Kebolehdapatan alat ganti boleh menjadi trauma kalau tidak sabar nak main kereta-kereta otai sebegini. Sebaik dibawa pulang, kereta ini dibogelkan sepenuhnya. Semua bahagian yang berkarat dipulihkan. Perumah dan titik penting diperkuatkan, badan yang mula terkopek juga dirawat. Ruang enjin dikemaskan untuk menerima sebuah enjin yang lebih moden, berkuasa dan senang dijaga.

Enjin SR20DET dipilih atas banyak faktor positif. Apabila ada sebuah enjin asas yang bagus, nak modifikasi pun jadi senang. Kelebihan itu dipadankan dengan turbin Garret AR60 yang dipasang pada manifold banana custom. Bersamanya ialah wastegate Sard 40mm dan injap HKS SSQV. Intercooler yang tak berapa besar daripada half-cut digantikan dengan intercooler ARC yang duduk di sebalik bumper depan kereta. Ruang enjin kereta memang cantik berkilau apabila paip-paip saluran getah digantikan dengan paip stainlees steel. Peralatan tambahan lain ialah oil cooler Blitz, palam pencucuh Iridium, pam bahan api Mercedes dan ekzos 3 inci yang diakhiri dengan peredam bunyi Blitz.

Kotak gear asal dilengkapkan lagi dengan klac OSGiken dan disambung ke gandar belakang A175 GSR turbo yang memang ada LSD daripada kilang. Sistem suspensi kereta ini tidaklah bagus sangat masa dikeluarkan dulu. Perubahan cagak adalah minimum apabila suspensi depan GAB daripada Nissan Silvia S13 dimasukkan. Bahagian belakang pula dipasang dengan penyerap hentak Kayaba Rally dan spring sport Sparco. Brek disalin dengan brek Skyline GTT R32 di depan dan brek Lancer GSR turbo A175 (belakang).

Rim dia memang champion. Ada orang sanggup bunohan di kedai potong berebut Watanabe ini. Saiznya ialah 17X8 di depan dan 17X9 di belakang dengan hub 5 dan PCD 114.3mm. Tayar yang digunakan ialah Bridgestone 205/45/17 di depan dan Goodyear 225/40 (belakang). Rim Watanabe memang cantik kalau dibandingkan dengan Black Racing (sebab multipiece), tapi sayang offsetnya tidak kembang.

Bahagian dalaman digarap dengan kemas. Ada sedikit sentuhan street racing dengan pemasangan panel kawalan aluminium dan kick panel bahagian penumpang. Tu dia, meter Omori putih penuh atas papan pemuka. Meter boost ialah Sard dan timer daripada Trust. Stereng Nardi Torino memang cocok dengan imej oldskul. Manakala tombol gear Nismo dan speedometer diambil daripada Nismo. Kereta ini ada sistem audio jenama Pioneer.

Bahagian luaran kereta disalin sepenuhnya dengan bodypart A175. Memang itu yang patut dibuat pada sebuah Lancer. Jangan nak memandai guna kepala Silvia atau Skyline. Ada peluang nak kena terajang.

 

SPESIFIKASI

      • Mitsubishi Lancer A174 / 1982
      • Enjin: SR20DET, turbin AR60, Sard wastegate 40mm, HKS SSQV, intercooler ARC, oil cooler Blitz, fuel pump Mercedes, manifold banana custom, stainless steel piping, muffler Blitz Nur Spec.
      • Kotak gear: Klac OSGiken, gandar belakang A75 GSR, LSD.
      • Suspensi: S13 GAB adjustable (depan), absorber Kayaba, spring Sparco (belakang)
      • Brek: RB20 Skyline R32 (depan), A75 GSR turbo (belakang)
      • Dalaman: Omori meter, boost Sard, seat Bride, stereng Nardi, timer Trust, Nismo knob, Nismo Speedometer, audio Pioneer
      • Luaran: Bodypart lengkap A175 GSR turbo

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

HONDA CIVIC EK DUA PINTU

Next Post

DATSUN SSS 510 LEGEND!

CAPAIAN

  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved