Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang berlangsung dengan cukup meriah dan semangat kesyukuran walaupun dalam tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan). Pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan termasuk majlis pelancaran secara rasmi Erbenol Lubricants yang diadakan di pintu masuk utama bangunan Pavillion pada 31 Ogos iaitu semalam.
Majlis bertambah meriah dengan kehadiran tokoh sukan permotoran dari Legacy Racing Team Malaysia iaitu Tengku Djan, Leona Chin dan juga tidak ketinggalan, Dominic Ang. Kehadiran ikon terkenal ini menjadi tumpuan peminat sukan permotoran khususnya drift. Para pengunjung mengambil peluang ini bergambar bersama dan dalam masa yang sama tetap mematuhi SOP yang ditetapkan.
Sebelum berlangsungnya majlis pelancaran ini sebagai acara kemuncak, terlebih dahulu pihak Erbenol Lubricants telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik sejak 29 Ogos lagi. Para pengunjung berkesempatan mengenali dengan lebih dekat produk keluaran Erbenol Lubricants ini yang disuntik teknologi terkini formulasi dari Jerman.
Antara produk yang ditawarkan Erbenol Lubricants termasuk Synta 350, Synta 500, Synta 700, Synta 800, Synta 900 dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
No Tel : 019-314 3813
Emel : mktg.erbenol@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/erbenol.official/
Instagram : https://www.instagram.com/erbenol.official/
Web : http://www.erbenol.com/