Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PROTON SATRIA GSR 4G93 RAWK!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
10/01/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

PROTON SATRIA GSR 4G93 RAWK!

Ia bukanlah sesuatu yang mudah diterima dalam dunia sukan bermotor. Silap-silap, kritik, komen dan maki hamun mereka boleh buat jurutera skema bagi notis berhenti kerja 24 jam.

Namun, hakikat adalah realiti yang tidak boleh diubah apabila semua kereta massa beralih kepada pacuan depan yang ekonomikal, jimat, kos rendah dan banyak lagi kelebihannya.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Porsche, Ferrari, Maybach masih menggunakan pacuan roda belakang. Jawapan saya, mereka memang mengada-ngada. Maksudnya, kalau mereka buat pacuan satu roda sekali pun, jenamanya tetap dipandang tinggi berbanding kualiti kejuruteraannya.

Jepun mempengaruhi dunia dalam aspek pacuan sebegini. Pada penghujung tahun 1980-an, era perubahan ini menyaksikan semua kereta penumpang kecil (kecuali Lexus, Toyota dan Nissan) mula mengadaptasi teknologi tersebut. Tidak terkecuali Mitsubishi yang mana model Lancer dan Galant turut menggunakan sistem pacuan roda hadapan.

Proton pernah buat sekali sahaja membuat kereta pacuan belakang iaitu Proton Waja Tengku Djan. Tapi itu bukanlah kereta produksi ya kawan-kawan. Kalau buat kereta pacuan belakang belum tentu ada orang beli. Sedangkan pacuan depan pun selalu breakdown, pacuan belakang apatah lagi.

Era perubahan ini jugalah yang bertanggungjawab melahirkan model berprestasi sport. Nasib baik Honda dari dulu buat kereta pacuan depan. Apa yang saya hendak ceritakan di sini bukanlah kereta Honda atau Mitsubishi tetapi kereta pacuan depan Proton Satria.

Kereta ini dimiliki oleh Sham yang mahukan sebuah kereta berkuasa tetapi tidak berapa mahal dan lama sangat bodynya. Jadi, dia pun membeli sebuah Proton Satria terpakai pada harga yang munasabah. Kereta ini keluaran tahun 2002, tidaklah teruk sangat melainkan warna badannya yang sudah mulai pudar.

Sebaik sahaja dibawa ke bengkel, enjin lamanya dibuang dulu jauh-jauh. Sham memilih enjin 4G93 turbo, orang Malaysia panggil GSR. Jangan silap baca forum lokal yang katanya 4G93 ini enjin lama sebelum Evo I, bukan macam tu.

Enjin 4G93 adalah versi kecil untuk produk massa Mitsubishi untuk pengguna yang tidak mahu membeli Evo yang mahal dan homolagated. Lagi satu GSR ada versi automatik yang tidak ada pada Evo dan mitosnya, ia bukan enjin lama. OK. Untuk tahun sekarang memang agak lama, mungkin hampir 20 tahun.

Enjin GSR memang boleh diharap. Dia punya TD04 sebenarnya sudah cukup. Tetapi bagi mereka yang nak bergaya dengan aksesori turbo wajib tidak salah, malah digalakkan.

Enjin kereta ini mempunyai banyak peralatan sokongan jenis bolt-on. Pertama ialah manifold banana custom, wastegate Tial, blow-off Greddy, intercooler depan, paip stainless steel, oil catch tank Cuso dan set piping lengkap Evo 6 yang tidak pasti pula jenama apa.

Kotak gear dipasangkan dengan pelapik klac Triniti dan fungsi 4WD GSR dimatikan kepada 2WD. Sebenarnya, lock gearbox ini memerlukan kepakaran juga sebab kalau jenis pomen bingai boleh tersedak kereta bila launching. Itu tak apa lagi, jenis minyak meleleh tak berenti tu apa cerita? Nasib baik kereta ini dapat mekanik yang cekap dan berpengalaman.

Kuasa Satria ini diperkemaskan lagi dengan sistem suspensi boleh laras TEIN pada keempat-empat sudutnya. Nasib baik juga kerana Sham dapat pillow ball jenis boleh laras. Kereta ini dipasang dengan brek GSR di depan dan brek Nissan di belakang. Sampai sekarang saya tidak dapat fikir brek Nissan apa yang boleh dimasukkan pada kereta Proton.

Melihat ke bahagian kokpit, ternampak sepasang kerusi Evo 8. Stereng Sparco dan papan pemuka GSR punya. Sebenarnya sama sahaja sama ada GSR, Lancer, Mivec atau Mirage.

Ada yang hitam, ada kelabu, ada yang calar balar. Sekarang, panel tengah dengan pendingin hawa digital tidak tahu berapa harganya. Masa saya main kereta ini dulu, kedai potong siap buat tempat letak habuk rokok sahaja. Nampak tray atas papan pemuka sebelah penumpang tu? Itu dah kategori rare sekarang.

Bahagian luar kereta dipasangkan dengan bodykit Mirage Cyborg di depan, skirt dan spoiler belakang. Warna biru lembut dikontras dengan warna putih pada bonet depan dan belakang. Hmmmm….boleh tahan juga stail macam ini.

SPESIFIKASI

      • Model: Proton Satria / tahun 2002
      • Enjin: 4G93 GSR turbo 1800cc, wastegate Tial, manifold banana custom, greddy blow-off, stainless steel piping, ekzos set Evo 6.
      • Kotak gear: Manual 5 kelajuan, klac
      • Suspensi: TEIN depan belakang
      • Brek: Depan GSR belakang Nissan
      • Rim: ST Racing 16
      • Tayar Goodride: 205/45/16
      • Dalaman: Papan pemuka Lancer GSR, boost meter HKS, stereng Sparco, seat Recaro Evo 6.
      • Luaran: Bodykit Mirage Cyborg, spoiler. Warna biru putih

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

PROTON WAJA JDM

Next Post

MORRIS MARINA ORIGINAL

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved