Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

KIA SPECTRA FOUR THROTTLE

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/12/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

KIA SPECTRA FOUR THROTTLE

Rasanya kalau orang tanya tentang kereta pilihan untuk dijadikan projek modifikasi, rasanya nama “Kia” pasti tak masuk dalam senarai. Kereta Kia sering digambarkan sebagai kereta yang membosankan, tak sesuai langsung dijadikan bahan modifikasi oleh sebab reka bentuknya yang tak sporty. Malah nama Kia itu sendiri tidak mempunyai aura untuk sebuah kereta berprestasi tinggi.

Oleh sebab itulah harga kereta Kia terpakai boleh dikatakan cukup murah. Tidak ramai orang yang mahu membelanjakan wang mereka untuk membeli kereta ini, walaupun harganya dah macam timbang kati.

Tetapi, dah nama pun orang Malaysia – yang mempunyai falsafah semua jenis kereta boleh diubah suai kalau nak, tiba-tiba pula muncul segelintir peminat kereta yang menjadikan Kia sebagai platform modifikasi mereka.

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa model Kia Sephia dan Spectra diasaskan dengan chasis Mazda Familia. Lebih kurang sama macam Proton Wira menggunakan chasis Lancer untuk model kereta mereka. Jadi, dalam pemerhatian saya, makin banyak Kia Sephia atau Spectra yang mula menggunakan enjin Mazda B8 bagi menggantikan enjin asalnya.

Namun, lain pula halnya dengan Kia Spectra ini. Dalam orang lain sibuk menggunakan enjin Mazda ke Kia mereka, pemilik Kia ini pula sibuk memasukkan enjin Toyota ke Kia miliknya. Agaknya, pemiliknya kedekut nak bayar cukai jalan mahal-mahal dan termakan dengan mitos kelasakan enjin Toyota yang katanya cukup susah nak rosak walaupun dibelasah hebat.

Proses memasukkan enjin 4AGE four throttle ni memerlukan kerja custom pada bahagian cagak enjin yang lebih mesra Mazda daripada Toyota. Setelah selesai dengan bahagian cagak enjin, pemiliknya kena pulak menempah satu set aci picu (drive shaft – bukan Pikachu Pokemon tu) untuk disambung kepada kotak gear barunya. Dalam erti kata lain, kerja nak masukkan enjin ni bukan mudah, tetapi dari apa yang kami lihat dari mata kasar, kerja pemasangan enjin ni boleh dikategorikan sebagai kelas A – memang terbaik!

Enjin four throttle ini tak banyak diusik dari segi modifikasi yang lain. Cuma penapis udara asalnya digantikan dengan penapis udara pod terbuka K&N kerana kotak penuras udara asal enjin tersebut tak boleh dimuatkan di ruang enjin Kia ini. Sistem penyampaian bahan api pula dinaik taraf dengan pemasangan sebuah penyelaras bahan api Mine’s bersama pam bahan api berkuasa tinggi Walbro.

Kesemua hos getah di dalam enjin diganti dengan hos silikon Samco. Manakala radiator asal enjin tersebut diganti dengan radiator aluminum berteras tebal daripada 5Zigen. Menariknya, sistem ekzos Kia ini masih menggunakan sistem ekzos standard dari kilang yang menyesakkan sedikit prestasi enjin barunya. Mungkin pemilik tak suka bunyi ekzos yang bising.

Tak kisahlah dengan pilihan pemiliknya, janji dia gembira. Dia juga gembira dengan sistem gantungan asal keretanya sebab tak usik langsung penyerap hentak asal kereta ni. Satu-satunya naik taraf yang dibuat adalah pemasangan sebuah strut bar Hot Bits di bahagian depan kereta. Brek kereta pun standard lagi, tak kisah sebab model ini guna empat brek cakera.

Bahagian yang dinaik taraf hanyalah rim apabila ia diganti dengan rim aloi buatan Taiwan dan tayar lebih lebar. Dari segi kosmetik, Kia Spectra berwarna hitam ini dilengkapi kit badan Novus lengkap, salah satu pakej yang boleh dibeli dengan kereta ini semasa baru. Jadi, walaupun kereta tak direndahkan, ia masih nampak cantik dan agak sporty.

Bahagian dalaman tak banyak benda yang diusik. Hatta papan pemukanya pun masih guna yang asal. Cuma dengan sedikit kreativiti, pemiliknya berjaya mengubahsuai konsol tengahnya untuk menerima tuil gear manual. Stereng asal yang mempunyai sistem beg udara pula diganti dengan stereng Momo jenis deep dish.

Sebenarnya, ubah suai ke atas Kia ini amat ringkas, tetapi memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mendapat hasil sebegini. Bukan senang hendak masukkan enjin daripada pengeluar lain ke kereta yang langsung tak bermimpi untuk menggunakan enjin tersebut. Tetapi dengan semangat Malaysia Boleh, projek Kia ini dapat disudahkan dengan hasil yang cukup mengagumkan!

SPESIFIKASI

      • Pembuat / Model: Kia Spectra Novus
      • Enjin asal: GA6D 1600cc DOHC 16 injap
      • Ubah suai enjin: 4AGE 1600cc DOHC four throttle, penapis udara K&N, fuel regulator Mine’s, hos silikon Samco, pam bahan api Walbro
      • Kotak gear: Lima kelajuan manual Toyota
      • Sistem ekzos: Manifold 4AGE, paip ekzos standard Kia
      • Sistem gantungan: Standard Kia, strut bar depan Hot Bits
      • Sistem brek: Standard Kia
      • Rim / Tayar: Rim aloi Taiwan
      • Luaran: Bodykit Novus
      • Dalaman: Stereng Momo

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

DAIHATSU CHARADE ESPRI DETOMASO

Next Post

SUBARU IMPREZA 2 PINTU

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved