Jimat Sehingga RM7,188 Sempena Promosi Ford WILDTRAK, XLT PLUS & XL
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) baru-baru ini mengumumkan promosi menarik untuk Ford Ranger WildTrak, XLT Plus dan XL yang sedang berlangsung sementara stok masih ada.
Pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak dan Ford Ranger XL akan menerima rebat tunai sehingga RM7,000. Untuk pembelian Ford Ranger XLT PLUS pula, pelanggan boleh menikmati penjimatan sebanyak RM7,188.
Ford Ranger WildTrak dikuasakan oleh enjin 2.0L Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang memberikan tenaga luar biasa sehinnga 213PS dan daya kilas setinggi 500Nm.
Menampilkan pelbagai teknologi pintar dan menjadi peneraju dalam kelasnya, WildTrak menawarkan kelasakan dan juga perincian yang tidak ada pada trak pikap lain dalam segmennya.
Ford Ranger XLT pula menampilkan enjin 2.0L Single Turbo yang mampu menjana kuasa sehingg 180PS dan tork 420Nm.
Dilengkapi dengan ciri kemudahan seperti sistem masuk tanpa kunci, butang push-start dan pintu kargo belakang mudah diangkat, ia pasti boleh menjadi pilihan ideal untuk tujuan kerja dan aktiviti pengembaraan.
Ford Ranger XL berupaya membawa beban sehingga 1,000kg dan menunda sehingga 3,500kg.
Pelanggan kini boleh meminta untuk kenderaan pandu uji dihantar ke rumah atau pejabat mereka sekiranya wakil pengedar dipilih berada dalam jarak 10km radius.
Pilihan pandu uji ini boleh diuruskan sama ada dengan menghubungi wakil pengedar terdekat, memohon secara dalam talian melalui laman web SDAC-Ford atau menghantar pesanan WhatsApp kepada Jurual Digital Ford di talian 019 204 1200.
Jurujual Digital akan melayan pertanyaan-pertanyaan berkaitan pembelian kenderaan termasuk kebolehsediaan stok, pinjaman pembiayaan, cukai jalan, yuran pendaftaran kenderaan dan pilihan insuran.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.sdacford.com.my
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ