Beza sebuah Wira dengan sebuah Lancer/Evo I-3 semua orang tau, lampu belakang. Lampu belakang itulah yang menjadi penghalang utama buat peminat kereta tempatan yang hendak jadikan Wira benar-benar sebuah Evo.
Tahukah anda bahawa lampu belakang itu jugalah yang membezakan harga pasaran Proton dengan Mitsubishi seperti langit dengan bumi? Contohnya, Proton Wira tahun 1994 convert Evo dengan Lancer convert Evo.
Kalau anda sudah biasa main Proton, memang berebut kalau terjumpa dalam mudah ada orang nak jual Lancer Evo. Asal geran tulis Mitsubishi sahaja, terus harga jadi kacau-bilau.
Susah nak percaya, dalam tahun 2013 masih ramai peminat Proton/Mitsubishi di luar sana yang main kereta ini secara serius. Bai salah seorang daripada mereka. Kereta yang didaftarkan pada 1996 di sebelah Malaysia Timur ini telah dipasang dengan enjin 4G93 GSR RS.
Anda tahu berapa harga half-cut GSR sekarang? Kalau manual lebih RM10,000. Automatik pula, kalau nasib baik boleh dapat sekitar RM10,000. Harga itu untuk enjin dengan papan pemuka sahaja. Kalau nak bodypart, lain kira!
Tak logik? Mengarut? Mahal macam bedil? Jangan bimbang, kalau anda tak beli, berbaris orang di belakang yang berebut enjin ini. Sebab itu, waktu kontena sampai, runner sudah berbaris panjang berebut half-cut ini. Tahun demi tahun, GSR makin susah nak dapat. Jadi tak hairanlah harganya naik macam emas 916.
Enjin ini diubah suai dengan menempatkan turbin TD05 16G Evo 3 yang terkenal itu. Sekarang, jangan tak percaya dah banyak versi tipu made in China. Kalau berkilat semacam tu baik jaga-jaga.
Boost yang dilaras ditetapkan pada 1 bar, manakala sebuah radiator Koyorad menggantikan radiator asal. Menurut pemiliknya, pam Walbro yang digunakan adalah yang original. Walbro pun dah tenat sekarang, 9 daripada 10 yang dijual berkemungkinan besar palsu. Sebab tu saya beli Aisan!
Tiada aksesori yang bersepah-sepah. Ruang enjin nampak lebih kemas dengan hanya beberapa sentuhan ringkas. Paip cast biasa, kotak MAF pun ada lagi. Sebenarnya, enjin ini sudah dipasang dengan pendawaian lengkap 4G63 Evo 3 dan Ecu Mine.
Intercooler memang pakej sekali dengan paip aloi yang tidak dapat dipastikan apa jenamanya. Ekzos pun dapat daripada half-cut original Apexi. Dump pipe sampai ke belakang disuap dengan muffler HKS Ti Limited.
Kotak gear yang dipilih ialah Evo 3 dan dikunci dengan 2WD. LSD jenis semi lock dan klacnya ialah Ogura super single jenis karbon. Apabila memecut, kereta dikawal oleh suspensi TEIN adjustable type FLEX di mana semua linkage bawah crossmember, lower arm dan anti roll bar diambil daripada model Evo 3.
Sistem brek pula ditingkatkan dengan brek FTO 2 pot depan dan 1 pot belakang. Sekali gus menukar Pitch Centre Diameter iaitu PCD daripada 100mm X 4 kepada 114.3 X 5.
5 hub bermakna terbentang luaslah pilihan rim yang boleh digunakan. Rim 17 inci Racing Hart CPO35 ini ukuran tepatnya ialah 17X8.5 depan ET35 dan 17X8.5 ET32 (belakang). Tayarnya pula ialah Kumho 215/45 di depan dan 225/45 di belakang.
Setiap bahagian kereta mendapat perhatian khusus oleh pemiliknya. Bai memodenkan ruang kabin kereta dengan papan pemuka Evo 4. Kalau ikutkan teori, papan pemuka Evo 4 memang tak kena dengan generasi Evo I hingga 3. Tetapi zaman berlalu dan papan pemuka Lancer CE sudah bosan digunakan, mereka beralih kepada papan pemuka yang lebih ‘driver oriented’.
Bahagian luar, tak payah berselindung lagi. Ia menggunakan part Evo 3 dengan kemasan sunroof Evo II. Warna hitam mungkin warna rasmi Evo 3 yang tak perlu dipertikaikan lagi. Saya rasa Evo memang sesuai dengan hitam tak kira apa versi pun. Sebabnya, warna merah yang menjadi warna signatur Ralliart masih tidak boleh menjadi identiti Mitsubishi untuk melawan warna biru Subaru.
Kalau korang yang jenis berpandangan jauh, masih berpegang dengan konsep JDM, memulakannya dengan platform murah macam Wira, main Evo masih benda yang seronok. Mengikut pemerhatian saya, halangan paling besar ialah enjinnya yang melampau sedangkan aksesori bodypart masih lagi tak banyak berbeza pasarannya.
Ada sesetengah benda sahaja yang mahal mendadak. Cermin sisi lima wayarnya masih sama harganya masa saya main kereta ini tahun 2000 dulu.
SPESIFIKASI
- Model: Proton Lancer / 1996
- Enjin: 4G93 GSR RS. Turbo TD05 16G, boost 1 bar, radiator Koyorad, pam Walbro, wiring Evo 3, intercooler upgrade halfcut, ekzos APEXi + muffler HKS Ti.
- Transmisi: Manual 5 kelajuan Evo 3 lock 2WD, klac Ogura super single, LSD.
- Suspensi: TEIN FLEX adjustable
- Brek: FTO depan belakang
- Rim: Racing CP035 17X8.5
- Dalaman: Papan pemuka Evo 4, panel pintu, tempat duduk Evo 4, pedal Ralliart
- Luaran: Bodypart Evo 3 lengkap, sunroof Evo II.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ