Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RESEPI ORIGINAL TOYOTA COROLLA KE30

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/05/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Orang-orang muda zaman sekarang mungkin tidak sedar bahawa suatu masa dahulu peneraju jualan kereta yang tinggi di Malaysia bukanlah model kereta buatan Jepun, tetapi kereta-kereta buatan Eropah.

Era tahun 1960-an menyaksikan jalan raya Malaysia dipenuhi dengan kereta-kereta dari jenama Austin, Morris, Ford, Vauxhall dan Opel. Nama-nama Jepun yang anda biasa dengar masa kini macam Toyota, Nissan, Honda dan Mitsubishi ialah nama yang jarang disebut oleh pembeli kereta masa tu.

Sebenarnya, pengeluar kereta dari Jepun telah mula bertapak di sini pada era1960-an lagi, tetapi kereta mereka kurang mendapat sambutan. Mungkin mentaliti orang kita masa tu yang masih kuat berpaksikan ke Eropah. Persepsi bahawa kereta buatan Jepun berkualiti rendah juga membuatkan orang kita tidak membelinya, walaupun harga yang ditawarkan ketika itu amat kompetitif.

Namun segala-galanya berubah apabila Toyota memperkenalkan model Corolla. Model pertama yang diberi kod KE10 telah berjaya mengubah persepsi pembeli kereta. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia. Dari segi rupa mungkin dia kalah dengan kereta buatan Eropah, tetapi dari segi kelasakan, memang tiada tandingan.

Menjelang era 1970-an, kereta-kereta buatan Jepun mula dijual dalam angka yang besar. Sekali gus menggantikan kereta-kereta buatan Eropah sebagai kereta keluarga pilihan masyarakat ketika itu. Corolla terus berkembang dengan pengenalan model KE20. Pada penghujung era 1970-an, model KE30 iaitu model generasi ketiga Corolla dilancarkan.

Seperti model-model Corolla terdahulu, kereta ini mendapat sambutan yang hangat dan secara terus terang ia berjaya ‘membunuh’ kereta seperti Ford Escort, Vauxhall Viva, Morris Marina dan Opel Kadett!

Melihat model KE30 ini, membuatkan saya faham kenapa ia sangat berjaya. Kereta yang dimiliki oleh Azwan aka Juan ini sudah berumur hampir 40 tahun, tetapi masih gagah meluncur di atas jalan raya.

Pesaingnya dari Eropah saya sudah tak nampak pun atas jalan. Selalunya saya nampak kereta-kereta sedemikian di belakang rumah, sudah jadi reban ayam atau pusat penternakan nyamuk aedes. Inilah yang membuat Toyota memenangi ‘peperangan’ tersebut – kelasakan tanpa bandingan.

Tetapi kalau anda mahukan kereta setua ini masih bergerak lancar, tak boleh jugalah dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang kerja-kerja restorasi. Sebaik mana pun sesebuah kereta, karat ialah musuh utama terutama pada cuaca panas lembab macam Malaysia.

Juan yang memiliki kereta ini dari tahun 2006 memulakan kerja restorasi Corolla bermula dari badan kenderaan. Kereta dihantar kepada Choy Bodywork di Segambut untuk proses membuang karat dan menggantikan apa-apa panel badan yang telah reput atau rosak.

Setelah selesai, kereta dihantar ke SPS Spray yang terletak di Kepong untuk proses mengecat. Juan memilih warna asal Corolla ini iaitu putih solid, tetapi dilayang dengan lacquer 2K dari DuPont.

Selesai dengan restorasi badan kereta, Juan mengalih fokusnya kepada enjin pula. Enjin asal Corolla ini asalnya menggunakan enjin 2K 1,200cc OHV. Tetapi Juan sudah ganti lain.

Masih mengekalkan enjin siri K, Juan memasukkan enjin 5K yang mempunyai sesaran 1,500cc. Enjin 5K yang berasal daripada van Toyota Liteace ini menggunakan lifter hidrolik berbanding lifter solid pada enjin 3K. Inilah yang membuatkan enjin kurang bising dan lebih lancar.

Sebelum enjin dimasukkan ke dalam ruang enjin Corolla, Juan telah melakukan proses overhaul dan blue printing. Segala pendawaian enjin disorok kemas daripada penglihatan (wire tuck). Sementara karburator enjin disuapkan dengan udara yang ditapis oleh penapis udara K&N.

Apa yang agak unik adalah pemilihan kotak gear untuk enjin ini. Kalau geng-geng old skool gemarkan kotak gear manual, Juan dengan machonya menggunakan kotak gear automatik yang difahamkan memang sukar untuk ditemui.

Bagi membantu aspek kawalan kereta, Juan telah melakukan kerja-kerja naik taraf pada bahagian sistem gantungannya. Penyerap hentak pada bahagian depan diganti dengan penyerap hentak OEM Corolla AE80. Sementara pada bahagian belakang, sepasang penyerap hentak Kayaba Gas digunakan.

Sistem brek dinaik taraf dengan menggantikan servo brek asal kepada servo brek double layer. Brek gelendong belakang pula diganti dengan gelendong OEM Corolla KE36 iaitu versi wagon KE30 yang mempunyai diameter gelendong lebih besar. Brek cakera depan dikekalkan tanpa sebarang pengubahsuaian.

Kereta old skool kena la layan rim old skool jugak kan? Sebab tu Juan memilih rim SSR Techno Shadow bersaiz 14×7.5 untuk Corolla kesayangannya. Tayar-tayar daripada Yokohama Advan Neova bersaiz 185/60 dipilih bagi membaluti rim-rim retro tersebut. Biar rim retro tapi tayar mesti moden kata Juan.

Bahagian dalaman kereta sekemas bahagian luarannya. Semuanya telah dibaik pulih dengan baik dan kelihatan macam baru. Seboleh-bolehnya Juan mengekalkan rupa asli bahagian dalaman Corolla ini. Kalau nak main aksesori pun, mesti ada gaya old skool.

Contoh terbaik ialah stereng Nardi Torino yang dipilih mempunyai rekaan klasik. Tempat duduk depan Recaro itu pula ialah model Njoy yang diambik daripada half-cut Supra GA71.

Juan mengambil masa selama setahun nak menyiapkan Corolla ni. Kos yang dilabur pun boleh tahan juga la, lebih kurang RM20,000. Saya yakin Juan akan simpan kereta ini dalam jangka masa yang lama sebab dah melabur banyak beb. Takkan nak jual kereta ni harga RM5,000 je?

SPESIFIKASI

      • Pembuat / Model: Toyota Corolla KE30
      • Enjin Asal: 3K 1200cc
      • Ubahsuai Enjin: 5K 1500cc, enjin overhaul dan blue printed, penapis udara K&N
      • Kotak Gear: Automatik 3 kelajuan
      • Sistem Gantungan Depan: Penyerap hentak AE80, belakang: Kayaba Gas
      • Sistem Brek: Servo double layer, cakera depan standard, gelendong belakang Corolla KE36
      • Rim / Tayar: SSR Techno Shadow 14×7.5 / Yokohama Advan Neova 185/60
      • Luaran: Standard KE30 (restorasi semula), lips depan custom
      • Dalaman: Standard KE30 (restorasi semula), stereng Nardi Torino, tempat duduk Recaro NJoy

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

FD CONVERT TYPE-R

Next Post

HONDA EG KOPI TATT

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved