Honda Jazz memang mendapat perhatian segera sebaik sahaja pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003. Kompak, comel, elegan dan macam-macam lagi pandangan yang diberikan.
Walaupun asalnya lebih kepada kereta awek-awek nak pergi kerja tapi kini ia juga menjadi salah satu kereta yang sesuai untuk projek modifikasi. Contohnya Jazz ini yang dimiliki oleh Arokiey yang berkerja sebagai seorang ketua mekanik.
Ini merupakan Honda Jazz GK5 keluaran tahun 2017 dan pada awalnya dilengkapi enjin L15Z single cam yang memang tidak memuaskan hati seorang ketua mekanik. Enjin baru L15B twin cam segera dibawa masuk menggantikan enjin asal dan dikekalkan dalam keadaan standard sebab ini kereta kegunaan setiap hari boh.
Hanya bahagian kemasukan udara diubahsuai dengan penggunaan intake manifold LRPTEC dry carbon yang digandingkan dengan throttle body R18 JS Racing dan paip air flow custom buatan Mia Exhaust.
Untuk memastikan kuasa enjin baru disalurkan dengan sempurna ke permukaan jalan, Jazz ini kini dilengkapi LSD RS Cusco dank lac Ogura Super Single. Memang meletoplah gandingan dua komponen ni.
Sistem gantungan Jazz ini kini lebih mantap dan meyakinkan dengan penggunaan penyerap hentak Blitz ZZR. Penyerap hentak asal Jazz memang agak lembut dan memang kurang memenuhi citarasa pemandu yang sekali sekala nak layan lap macam abang kita ni.
Kuasa brek yang disumbangkan oleh angkup AP Racing BG Pro 5000R ini bukan hanya berkuasa tetap sudah lebih dari cukup untuk menghentikan Honda Jazz ini sewaktu kecemasan.
Kekuda Jazz ini kemudian disudahi dengan rim CE28 bersaiz 16 7jj dan kemudiannya di balut dengan tayar-tayar Advan Fleva. Rim CE28N ni kalau lubangnya untuk Jazz PCD 100, memang kena jual buah pinggang kalau nak beli sekarang.
Bahagian luaran kini nampak berbeza dengan penggunaan sepenuhnya komponen luaran Honda Fit GK5 Modulo Style. Bahagian dalaman pun sama bertemakan Fit GK5 cuma kali ni ia versi RS.
Bila dah tengok hasil yang dah siap depan mata memang terpukau dibuatnya. Serius cakap la, ini memang antara Honda Jazz tercantik pernah kami lihat dan lain dari yang lain. Bukan beshe beshe ni.
SPESIFIKASI
- Pemilik – Arokiey
- Pengeluar – Honda
- Model – Jazz GK5
- Tahun – 2017
- Enjin asal – L15Z single cam
- Enjin baru – L15B twin cam
- Modifikasi Enjin – Enjin stok. Intake LRPTEC dry carbon, throttle body R18 JS Racing dan airflow custom (Mia Exhaust).
- Transmisi – LSD Cusco RS, klac Ogura Super Single.
- Ekzos – JS Racing
- Luaran – Honda Fit GK5 Modulo Style.
- Suspensi – Blitzz ZZR.
- Brek – AP Racing BG Pro 5000R.
- Rim & Tayar – CE28 16 7jj & Advan Fleva.
- Dalaman – Dalaman Honda Fit GK5 RS sepenuhnya.
- Bengkel – –