Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

AMAREKA…!!! Made In Kubang Ikan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
17/02/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Di satu cerok kampung bernama Kubang Ikan, ada seorang anak muda sedang memerah keringat membina sendiri sebuah jentera perang secara senyap-senyap. Masyarakat umum tak tahu, lawan di litar pun tak tahu. Yang tahu cuma kenalan terdekat, yang sering berulang alik ke bengkel beliau. Itu pun dilarang keras dari menghapdet status projek ini di laman sosial. Teaser manja-manja tu ada ler…

Secara amnya, Mie dan MMN Racing bukanlah nama baru dalam arena sukan drag. Dari zaman SDB lagi dia dah main. Tapi untuk jentera ini, kemunculan pertama hanya berlaku pada awal tahun lalu dan terus memenangi podium kedua dalam perlumbaan King Of The King 2016.

Melihat kepada potensi yang ada, jentera ini telah dibina semula untuk dibawa ke peringkat lebih ekstrim. Keseluruhan casis perlu diringankan seperti yang sepatutnya, termasuk binaan kerangka jenis tiub di bahagian depan. Ia turut melibatkan pemotongan lantai belakang dan digantikan dengan lapisan gentian fiber yang lebih rata.

Bahagian cermin menggunakan plastik jenis perspex yang ringan. Ini diikuti pemasangan spoiler aluminium kustom, serta rekaan baru untuk bumper dan arch roda belakang. Paling menarik rekaan muka depan yang diperbuat dari bahan gentian fiber mengikut acuan asal. Macam pakai topeng, senang sket nak bukak dan pasang.

Ketika pertama kali dipertontonkan, jentera ini berjaya mencuri tumpuan ramai hasil persembahannya yang unik. Memula digayakan oleh Ju Korox Airbrush dengan corak ala kapal terbang perang. Ia kemudian ditambah jaluran bendera Uncle Trump, yang diilhamkan dari jentera Mustang Hoonicorn Ken Block. Tergezut orang kampung dan kariah masjid cermin dibuatnya. Ingatkan kereta drag Amareka mana yang datang main. Dengan tak semena-mena, jentera perang terbaru MMN Racing ini terus mendapat jolokan nama ‘America Rocket’.

Pada masa yang sama, enjin yang sedang digunakan juga telah dibina semula. Meletakkan blok B20B dengan sleeve Super90 sebagai asas, ia turut menempatkan piston CP 84mm serta conrod tempahan khas. Kepala silinder B18C yang digunakan, diberi kerja-kerja port & polish, sebelum dipadankan dengan set camshaft dari Skunk2.

Tujahan kuasa datang dari unit turbo BorgWarner S300 dari MTS Turbo Service. Ia digantung pada sebuah manifold kustom, yang dipanjangkan hingga ke bahagian sisi bumper. Tekanan pada perumah turbin dikeluarkan melalui wastegate sebesar 65mm, manakala boost yang telah termampat dibawa ke intercooler GReddy untuk disejukkan. Perjalanan boost perlu melalui unit throttle body dan manifold kemasukan kustom. Manakala lebihan boost yang terbentuk, akan dipancit keluar menerusi injap pelepas Turbosmart.

Bekalan bahan api dihantar oleh dua pam petrol Bosch 044. Ia disalurkan kepada rel bahan api AEM yang memegang set injektor berkapasiti 2200cc. Campuran yang terbentuk kemudiannya diletuskan oleh kit COP untuk enjin K-Series. Sementara aspek pengurusan enjin, kini menggunakan unit MaxxECU yang boleh diprogram sepenuhnya. Advance jugak ECU dari Sweden nih. Macam-macam benda boleh kawal. Memastikan setiap kebuk silinder dipantau rapi, ia turut dilengkapi sensor EGT secara berasingan.

Aspek cengkaman datang dari dua set getah yang berbeza. Depan pakai tayar belon M&H Racemaster bersaiz 26.0×10.0-15, manakala belakang diisi tayar Hoosier 25.0×5.0-15 pada rim aloi Keizer Wheels. Set suspensi tak mahal mana, jenis Mines yang boleh diejes-ejes untuk depan serta sepasang monoshock Yamaha Y125Z pada ruang belakang. Yer, taruk yang motor punya dan ditambat pada breket rekaan khas. Sistem brek pulak memadai dengan komponen asal Civic EK9, yang hanya digunakan di bahagian depan.

Seperti lazimnya, apa yang tinggal pada ruang kokpit hanyalah saki-baki komponen yang perlu. Ada dashboard separuh rentung, stereng Momo, tempat duduk Bride, harness Takata, serta galang rollcage kustom. Memandangkan unit pengurusan MaxxECU yang digunakan boleh memberi data lebih terperinci, ia telah dihubungkan kepada sebuah tablet secara Bluetooth untuk memantau perjalanan enjin secara keseluruhan.

Ketika perlumbaan drag anjuran MUSC di Kuala Terengganu baru-baru ini, Mie dan America Rocket berjaya mencatat masa terbaik 7.1 saat untuk jarak 201 meter dalam kategori FWD Turbo Pro Drag. Walaupun sekadar memperbaharui rekod peribadi, kehadiran beliau dengan setup terbaru ini, berjaya memberi amaran awal tentang kemampuan seorang anak jati kampung mencipta kejutan. Sama-sama kita nantikan…!!!

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Mie
  • Pengeluar – Honda
  • Model – Civic EK9
  • Tahun – 2000
  • Enjin asal – B16B
  • Modifikasi Enjin – Blok B20B, sleeve Super90, piston CP 84mm, conrod kustom, pulley enjin Fluidampr, cagak enjin Hasport, kepala silinder B18C, port & polish, set camshaft Skunk2, cam pulley Arospeed, radiator aluminium, pam air elektrik Davies Craig, turbo BorgWarner S300, manifold turbo kustom, wastegate 65mm, intercooler GReddy, paip intercooler kustom, injap pelepas Turbosmart, throttle body & manifold kemasukan kustom, tangki bahan api aluminium, 2 pam petrol Bosch 044, rel bahan api AEM, injektor 2200cc, kit COP K-Series, sensor EGT individu, sensor O2 NGK, MaxxECU
  • Transmisi – Kotak gear S4C, ratio gear kustom, set klac triple plate kustom
  • Ekzos – Kustom 4-inci
  • Luaran – Kit badan kustom, cermin plastik perspex, spoiler aluminium kustom
  • Suspensi – Mines (depan), kustom monoshock Yamaha Y125Z (belakang)
  • Brek – Civic EK9 (depan)
  • Rim & Tayar – Keizer Wheels 15-inci & M&H Racemaster 26.0×10.0-15 (depan), Hoosier 25.0×5.0-15 (belakang)
  • Dalaman – Stereng Momo, tempat duduk Bride, harness Takata, rollcage kustom, tablet paparan
  • Bengkel – MMN Racing, Calibrated By Element115, Ju Korox Airbrush,
    Maxx ECU, MTS Turbo Service

Previous Post

BINTULU AUTO CARNIVAL 2019

Next Post

PUTRAJAYA AUTO SHOW 2019

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved