VOLVO S40 CONVERT EVO 5!

Untuk menikmati kejayaan dengan duit yang sedikit sebenarnya masih boleh. Salah satu contoh yang mungkin pelik bin ajaib ialah Volvo S40 dengan enjin 4G63 evo ni.

Kepada generasi baru, S40 sebenarnya adalah projek casis usahasama Volvo, Mitsubishi dan Proton. Mereka membangunkan sebuah casis segmen C pada tahun 2000 untuk S40, Lancer Cedia dan Waja.

Banyak peralatan casis S40 boleh ditukar pakai dengan Lancer dan Waja contohnya suspensi serta brek. Semuanya hampir sama, cuma talaan sahaja yang lain.

Enjin Volvo bukan tak power, tapi kurang reliable. Sekali rosak power stereng, separuh Kuala Lumpur kena pusing cari barang pada harga munasabah. Brader yang saya kenal ni tak peduli semua.

Daripada dari menyusahkan diri menanggung alat ganti Volvo, dia beralih kepada enjin Jepun yang terkenal dengan realibiliti. Jadi, dia telah masukkan enjin 4G63 Evo 5 terus.

Menurut mekaniknya, kedudukan mounting hampir sama, sedikit sahaja benda kena dimodifiakasi. Kerja pendawaian pun tak susah mana. Masih boleh gabung dengan papan pemuka asal kereta ini.

Kotak gear Evo 5 dipasang terus semasa proses salin enjin. Seperti biasa, fungsi differential belakang dikunci. Ia sekarang bergerak dengan roda depan dibantu sistem LSD standard kilang.

Sebetulnya, kereta ini tak diusik enjinnya. Lebih kepada refurbish dengan set intercooler paip stainless steel dan penapis udara HKS. Sistem ekzos pula ditukar kepada paip 3 inci dengan muffler HKS dari R32 Skyline GT-R.

Disebabkan kereta ni memang berkongsi dimensi casis dengan Evo, maka boleh guna set suspensi Jepun juga. Bahagian depan, pemiliknya padankan set ori Jepun GAB adjustable dan belakang HKS hi-low soft hard.

Disebabkan badan S40 memang rigid, apabila pasang absorber racing pun kereta masih selesa. Untuk sistem brek pula, dipasangkan brek depan Galant VRG turbo dan belakang kekal milik S40.

Mungkin ramai yang tak percaya S40 merupakan satu-satunya kereta Sweden yang guna PCD 114.3. Rim tak susah langsung dan sebab nak saiz dan offsett cun, pemiliknya pasang Rota 17 X 9 dengan offset 30.

Tayar depan Goodyear excellence dan belakang Continental Sport contact 3. Semuanya bersaiz 235/45/17.

Bila tengok kabin kereta, macam tak percaya papan pemuka S40 masih ada di situ. Pemiliknya kata, dia tak mau bagi nampak ketara sangat. Lagi pun, papan pemuka asal boleh terima pendawaian dan semua fungsi meter, pendingin hawa serta beg udara masih jalan macam biasa.

Begitupun, tempat duduk asal ditukar dengan kerusi Subaru Impreza STi jenis bucket yang cukup selesa.

Bahagian luar kereta ini menggunakan resepi sendiri dengan badan kembang-kembang pada fender belakang dan depan.

Apa yang pasti modifikasi ini memang unik dan mungkin tak ramai yang terfikir nak buat.

Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ