Someone You Loved

Seorang Demi Seorang Pengguna Lancer Evo X Kita Tampilkan. Bagi Dorang ‘Feel’ Jadi Selebriti

Satu hal yang paling mengejutkan para penggila kereta di seluruh dunia adalah apabila Mitsubishi hendak menamatkan produksi model Evolution pada tahun 2015. Dengan meneruskan hasrat tersebut, pihak Mitsubishi telah menghasilkan penamat bagi model ini dengan menghasilkan sebanyak 1,600 buah Mitsubishi Lancer Evolution X Final Edition.

Sangat mendukacitakan bagi semua penggemar model ini kerana mereka tidak dapat merasai sentuhan-sentuhan baharu dari pihak Mitsubishi untuk model-model sport dan berprestasi setelah tamatnya pengeluaran model ini. Walaubagaimanapun, para peminat serta pengguna yang masih menyimpan model-model Evolution ini perlu bersyukur kerana mereka antara orang yang beruntung memiliki jentera yang dikira lejen di atas muka bumi ini. Dengan pemberhentian model tersebut juga telah membuatkan ianya menjadi kereta koleksi ataupun membuatkan harganya mencanak naik berbanding kebiasaannya. Tengok sahaja di Malaysia, Evo 7 yang dahulunya boleh dikatakan mampu milik pun kini telah mencapai harga yang agak tinggi di pasaran.

Ok, kita lupakan pasal harga Evo. Apa yang menjadi fokus sekarang adalah jentera Evo X brother Ajim ni. Hilang mengantuk dibuatnya bila tengok spec kereta yang berderet macam ni. Lengkap sebuah kereta rasanya tanpa tertinggal satu pun. Model asal Evo X ini adalah keluaran tahun 2008. Namun, mungkin dek kerana enjin lama ini tidak begitu memuaskan hati, nadi 4B11 asal telah digantikan dengan model tahun 2012.

Namun, biasalah kalau dah nama orang kita ni, mana ada yang nak pakai enjin stok kilang. Pelbagai ubah suai telah dibuat ke atas enjin ini dengan penggunaan pelbagai alat ganti berprestasi seperti Tomei Poncam Highcam, HKS GT2 Turbo with HKS actuator, MAP extractor manifold, HKS dumpipe with catalytic delete, M7 Blitz Intercooler, HKS Kansai complete Intercooler Pipe, HKS SSQV 4 blow off valve, HKS kansai Open Pod with CF filterbox dan NGK Laser Iridium X Spark Plug.

Pam bahan api Deutschwork DW65C telah dipadankan dengan pelaras FPR800 dari Turbosmart dan rel Works untuk memastikan cecair pembakar tersebut akan sampai ke bahagian kebuk dengan lebih baik dan cekap tanpa sebarang masalah yang akan mengganggu prestasi semasa penjanaan enjin. Kuasa dari enjin akan dihantar ke roda melalui kotak gear Tc-SST yang turut dipetakan semula yang lebih cekap dalam melaksanakan tugasnya. Unit ECU asal digabungkan bersama Tephra V1 Tuned Map untuk talaan yang lebih dari segi prestasi enjin.

Untuk sesebuah rasaksa seperti ini, tahap kestabilannya perlu dijaga dan diambil kira. Oleh yang demikian, sistem penyerap hentak boleh laras Cusco telah dijadikan pilihan. Selain itu, kekuatan cesi jentera ini deperkukuhkan lagi dengan pemakaian Cusco 3 Point Frt Strut Bar, Cusco 4 Point Frt Engine Bar, Cusco 4 Point Rr Engine Bar dan Cusco 4 Point Rr Strut Bar. Sistem breknya turut dinaik taraf dengan penggunaan kaliper Brembo 4 pot untuk bahagian depan dan 2 pot di belakang.

Untuk bahagian dalaman dan luaran jentera ini, semuanya telah disenarai lengkap oleh Ajim. Dengan merujuk spesifikasi yang telah diberikan, pastinya akan terjawab semua persoalan anda! Terlalu banyak peralatan aftermarket yang telah digunakan dan mungkin terpaksa mencapai hingga ke 10 muka surat untuk dihuraikan. Apa yang pasti, konsep yang ditampilkan pada jentera ini adalah Varis.

Rim ROTA TE37 SL berukuran 18 inci yang digunakan pada jentera ini telah dipadankan dengan tayar Hankook V12 Evo keseluruhanya. Apa lagi yang tak cukup? Rasanya ini dah pasti memuaskan nafsu seorang manusia yang terlalu gilakan kereta. Jika dikira-kira, mungkin kos keseluruhan beliau ubahsuai seperti yang kita lihat sekarang mampu membeli lagi sebuah Evo X! Percaya tak?

SPESIFIKASI