Sehingga 32 Warna, E Ink Asalnya Terhad Untuk Warna Hitam Dan Putih

Semasa Frankfurt Motor Show 2019, BMW mempunyai sebuah X6 dengan salutan Vantablack Vbx2 yang menyerap lebih daripada 99 peratus ‘visible light’ untuk menghasilkan warna hitam paling gelap. Pada tahun 2022, iX ditutupi dengan E Ink yang menampilkan berjuta-juta mikro-kapsul yang seakan-akan setebal rambut manusia. Kapsul-kapsul ini pula diisi dengan pigmen putih dengan cas negatif dan hitam dengan cas positif untuk menghasilkan warna kelabu untuk mengubah kemasan eksterior SUV elekrik ini.

Di CES 2023, BMW kembali dengan sebuah evolusi E Ink yang didemonstrasikan ke atas i Vision Dee dengan teknologi lebih terkini untuk memperlihatkan warna-warna sebenar, 32 warna semuanya. Ia bukan sekadar diubah antara warna hitam dan putih tetapi kini, menyokong versi warna penuh dengan panel badan konfigurasi individu. Jenama mewah Jerman ini bekerjasama dengan E Ink untuk meminjam filem ePaper dan mengaplikasikannya kepada kurang daripada 240 pigmen di seluruh badan konsep tersebut.

Ia bukan sekadar badannya sahaja yang boleh berubah warna tetapi rimnya juga disaluti E Ink untuk menjadikan i Vision Dee seakan sebuah automotif yang sama seperti sesumpah (chameleon). Menurut BMW, ia seakan corak dengan pelbagai warna yang boleh diubah kepada kemasan yang lain dalam masa sangat singkat.

Bagaimanapun, BMW tidak mengulas apa-apa tentang prospek warna penuh E Ink yang dikenakan ke atas model tersebut. Pengeluar kereta ini mempunyai sebuah pallet warna dalam industri sebagai katalog individu yang kian berkembang. Ianya digunakan untuk model high-end terhad tetapi anda boleh mendapatkan warna yang meriah walaupun hanya pada kereta FWD seperti hatchback 1 Series hatchback atau 2 Series Gran Coupe. Dengan sedan flagship 7 Series terbaharu, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih warna dua tona seperti yang ada pada model Rolls-Royce.

Sumber : Motor1 , BMW