Tak semua. Tapi sebahagian dari kita, mula mengenali dunia empat roda dengan kereta bernama Kancil. Gua pun sama dan penangan bermain dengan kereta bersaiz kecik ni sebenarnya cukup luar biasa. Nampak macam remeh tapi sesetengah komponen gantiannya, mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran. Khususnya ketika model popular Myvi belum diperkenalkan.
Mahal-mahal pun orang beli jugak. Dah benda susah nak dapat. Tak macam sekarang, antena twin blade ngan reflektor Avanzato pun dah ada yang boleh bikin. Memang jimat banyak ler. Tapi bagi peminat tegar JDM, komponen tiruan seperti ini tidak dipandang sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan. Senang citer, baik tak payah pakai. Wat malu kokram jer…
Paparan kali ini membawa kita mengenali kereta milik Kama yang cukup silau dengan kaler merahnya. Berbanding salinan model tertinggi seperti Mira L500, Kama nampaknya lebih senang memilih kit badan Mira L200 Moderno yang lebih santai. Kurang masalah katanya, memandangkan keseluruhan susuk badan masih menyerupai model sebenar.
Pakai kit badan Moderno ajer mana mari. Jadi ia perlu diadun bersama komponen tambahan yang bersesuaian. Antaranya lip kustom pada bumper depan dan belakang, hood dengan skup berkrom Mira L200, skirt sisi berkrom Mira Avy, cermin sisi berkrom Mira L500 dan moonroof dari Mira L200. Tidak ketinggalan penggunaan aksesori keluarga Mira yang lain macam spotlight ketam, parking marker, lintah bumper, arch berkrom, visor, garnish pintu, termasuk rak Daihatsu di bahagian bumbungnya. Siap sangkut baskal anak lagi. Padahal Kama ni baru jer kawen. Merancang awal bekali…
Seri ruang dalaman disumbangkan oleh beberapa komponen milik Mira L500. Bermula dengan papan pemuka, sebelum merebak ke bahagian stereng, konsul gear, tempat duduk Mira L512 dan panel pintu versi Hello Kitty. Sudut pemantauan pulak datang dari tiga bijik meter GReddy, unit RSM Apexi dan pemasa turbo Apexi. Turut kelihatan, rangkaian aksesori tambahan lain seperti tali pinggang Mira, pedal Mira, cermin belakang Tiffana, lampu peta, jam analog, penyegar udara Daihatsu serta sistem audio Kenwood dan Carrozzeria. Meriah!
Asal kejadian dikuasakan oleh enjin karburetor EF-CL 850cc. Dengan modal yang ada, Kama mula mencongak pilihan lain yang boleh beliau gunakan. Dari enjin tak cukup silinder, ia kini beralih kepada enjin empat piston dari siri JB-JL milik Mira L500.
Dimaklumkan, bahagian dalaman enjin belum lagi diusik. Kama hanya menyediakan penapis udara HKS, paip intercooler kustom dan injap pelepas Blitz sebagai komponen tingkat kuasa. Bantuan lain terdiri daripada tangki perangkap minyak GReddy, radiator aluminium GReddy, regulator Sard serta wayar pembumi Splitfire. Selain itu, usaha juga dilakukan untuk mencantikkan semula ruang enjin ini sebaik mungkin. Okey sangat dah, kira stok autoshow jugak ler nih…