Porsche 928 Coupe Versi Lebih Moden Untuk Tahun 2025?

Mengimbas kembali pada tahun 1977, peminat dan penggiat kereta terpukau dengan gaya futuristik, 2+2 kabin yang tampil mewah, prestasi cenerlang dengan pngendalian cemerlang yang dibawakan Porsche 928.

Tujuan asalnya adalah untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya mengulangi kejayaan 911, namun jualannya tidak seperti yang dijangka dan hanya sebanyak 61,000 unit meninggalkan kilang sepanjang 18 tahun pengeluarannya dan dihentikan pada tahun 1995. Manakala 911 masih lagi mendapat sambutan dan kedudukan yang kukuh di pasaran.

Walaupun begitu, 928 tetap mempunyai peminat yang tersendiri. Salah seorang darinya ialah pereka automotif dari Brazil, Guilherma Knop yang sangat meminat bentuk 928 yang dirasakan paling seksi. Beliau mengambil keputusan untuk menguji kemahirannya dengan mencipta versi moden 928 ini dengan bantuan pakar CGI, João Schendel.

Pada hari ini, enjin belakang 911 dengan pelbagai varian masih lagi dikenali sebagai enjin kereta sport terbaik yang pernah dihasilkan. Ianya menjadi bertambah baik untuk setiap generasi. Namun, apa akan jadi sekiranya Porsche beralih ke era kereta elektrik? Porsche Taycan 2020 adalah contoh terbaik kereta elektrik penuh yang sangat ketara digunakan Guilherme untuk platform J1 sebagai asas rekaannya.

Beliau menggambarkan 928 moden ini sebagai grand tourer elektrik penuh yang tidak mengalami perubahan ketara dari bentuk karakternya. Kereta konsep digital layout menggunakan enjin depan RWD dan pembahagian yang asal. Sebagaimana yang semua sedia maklum, 928 direka oleh Wolfgang Möbius dibawah pemerhatian ketua rekaan Porsche, Anatole Tony Lapine di mana ia menjadi kereta Porsche enjin depan pertama walaupun yang memasuki pasaran terlebih dahulu ialah entry level 924.

Guilherme mula jatuh minat dengan 928 selepas menonton filem Risky Business lakonan Tom Cruise. Malah, beliau merasakan kebanyakan badan kereta Porsche hampir menyerupai rekabentuk Volkswagen SP2 1972 untuk pasaran Brazil.

Bagi kereta ini, Guilherme mengekalkan bonet yang panjang, fender kotak dan pillar-B, tampil lebih ringkas dengan beberapa perincian yang lebih kemas menjadikan ia tampil lebih muskular. Di bahagian depan, lampu utamanya diletakkan bersebelahan dengan bonet yang flat menjadikan fender lebih lebar. Bentuk bulatnya mengingatkan kepada unit asal dan grafik LED 4-poin mengikut rekaan terbaharu Porsche.

Bukaan hitam yang luas di bahagian bampar depan menutup sepenuhnya kerana kereta elektrik tidak memerlukan jumlah penyejukan yang sama. Bagaimanapun, ia masih mirip grafik kereta sporty model GT dari Porsche menjadikan bahagian depan tampil lebih sporty.

Bahagian belakang mengekalkan windshield yang luas dengan bentuk segitiga di cermin sisinya. Lampu belakang lebih nipis dan menampilkan grafik LED penuh dengan perkataan Porsche sama seperti model Taycan.

Menurut Guilherme, beliau cuba menggunakan platform Panamera tetapi ia sangat besar untuk 2+2 Grand Tourer, akhirnya mengubahnya dengan J1 elektrik dari Taycan.

Bahagian dalamnya yang paling menonjol adalah stereng dengan gabungan sentuhan lampau dan juga ciri-ciri moden, aluminium. Pada bahagian dashboard dilengkapkan dengan instrumen digital, skrin sesentuh di bahagian tengah dan panel sesentuh di konsol tengah.

Sumber : Carscoops