Pada pertengahan tahun 1993, Proton Wira berjaya dilancarkan dan diperkenalkan di negara kita. Ia merupakan satu platform terbaharu bagi Proton dalam memperkenalkan model terbaharu selepas kejayaan Saga dan Iswara pada masa itu. Ketika pelancaran, Wira telah mencatatkan jumlah tempahan yang di luar jangkaan dan telah dapat menambat hati seluruh rakyat Malaysia.
Hari ini, walaupun sudah 3 dekad Wira masih lagi banyak digunakan di atas jalan raya Malaysia. Bukan itu sahaja, lebih membanggakan, ianya juga menjadi salah satu pilihan untuk rakyat di beberapa negara luar sebagai kenderaan kegunaan harian. Ternyata, kereta buatan negara kita bukan calang-calang kehebatannya.
Di negara kita pula, Proton Wira juga salah satu jentera yang popular untuk diubah suai dan dimodifikasi mengikut kehendak pemiliknya. Ianya salah satu cara untuk memastikan jentera ini masih lagi bertahan dan kekal sebagai kenderaan kegunaan harian ataupun untuk dijadikan sebagai hobi.
Proton dan Mitsubishi tidak boleh dipisahkan lagi. Tidak hairanlah banyak jentera Wira di negara kita kebanyakannya menggunakan nadi dari Mitsubishi. Oleh kerana ‘mounting’nya sama, maka enjin 4G63T menjadi pilihan utama untuk digunakan pada jentera ini. Tidak banyak ubah suai keterlaluan dilakukan pada nadi baru ini, tetapi untuk memastikan ianya mampu menampilkan kuasa lebih baik, sedikit naik taraf dilakukan seperti penggunaan sistem paip titanium, dan juga intercooler HKS untuk penyejukkan udara yang lebih baik. Bagi menghasilkan bunyi yang sedap didengar, ianya telah dipasangkan dengan muffler ekzos Kakimoto Regu 06 & R.
Kotak gear yang didatangkan sekali dengan enjin dinaik taraf dengan klac Ogura yang semestinya akan menghantar kuasa terus ke bahagian roda dengan lebih baik. Sistem suspensi dari Mines dipasangkan pada keseluruhan penjuru jentera ini untuk memastikan pemandu dan penumpang selesa serta pelarasan kedudukan yang lebih baik bagi sesebuah jentera berprestasi.
Sistem brek jentera ini turut dinaik taraf dengan pemakaian kaliper Brembo milik Evo 7 untuk bahagian depan dan Evo X di belakang untuk kuasa berhenti yang lebih diyakini. Ruang dalaman jentera ini juga tiada lagi identiti Wira. Tempat duduk depannya adalah dari Recaro Tommi Makinen, belakang milik Evo 4, door trim milik Evo 3 dan papan pemukanya pula dari Evo 4.
Paling menarik perhatian, bahagian luar jentera ini boleh dikatakan keseluruhannya dibaluti oleh bahan gentian karbon bermula dari hood depan Evo 6, fender kustom, cermin sisi dan sunroof. Tapi dalam spec yang diberi, satu nama yang paling menarik perhatian saya dekat ruangan bengkel & tuner tu, “Warong Telor Ayam Kg vs Madu”… Lain machiammm
SPESIFIKASI
-
-
- Pemilik – Shawqi @ SOKI Ekzos
- Pengeluar – Proton
- Model – Wira
- Tahun – –
- Enjin Asal – –
- Modifikasi Enjin – 4G63T, intercooler HKS, titanium piping, Kakimoto Regu 06 & R muffler
- Transmisi – 4G63T, Ogura clutch
- Elektronik – Stock 4G63T
- Ekzos – –
- Luaran – Hood Evo 6, fender custom, side miror Mickey Mouse, sunroof Evo 3 wrap CF
- Suspensi – Mines
- Brek – Brembo Evo 7 (depan) Brembo Evo X (belakang)
- Rim & Tayar – Volk Racing TE37 17”, tayar Bridgestone Potenza RE003
- Dalaman – Seat depan TME, belakang Evo 4, door trim Evo 3, dashboard Evo 4
- Bengkel – Soki Ekzos, Mr Carbon, Gforza, Jang Garage, SFSM Workshop, WMH Tayar, Ery Garage, Yas Spray Faiber n Custom, FF Garage, Sikomok Seriya, 40garage, SN Garage, PG Spray, Warong Telor Ayam Kg vs Madu, Etwenty One, Paliey Jaya, SS Performance, Pa Jail Titanium, BG CUSTOM
-