Perdana merupakan sebuah model ekskutif yang pernah diperkenalkan oleh Proton suatu masa dahulu. Ianya banyak digunakan oleh golongan atasan serta badan-badan kerajaan bagi tujuan rasmi. Sebagai sebuah kenderaan dalam kategori yang mewah dahulu, rekaan pada jentera ini mampu menarik perhatian ramai peminatnya tetapi disebabkan faktor harga ketika itu, tidak ramai yang mampu memilikinya.
Namun, setelah beberapa tahun, ianya semakin dilupakan serta tidak lagi digunakan khidmat bagi tujuan rasmi dan mula banyak dijual di kedai-kedai kenderaan terpakai. Dan inilah masa yang sesuai untuk para peminatnya sebelum ini untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Biasalah, kalau dekat Malaysia, memang takkan kita nampak ori jela Perdana ni.
Proton Perdana yang dipaparkan ini tidak lagi berkhidmat dengan nadi asalnya dan pemiliknya mahukan enjin yang lebih berkuasa untuk kenderaan cantik seperti ini. Enjin 4G63T adalah pilihan yang tepat. Berkuasa dan lasak. Tidak dibiarkan dalam keadaan asal, pelbagai naik taraf telah dilakukan. Piston berukuran 87mm telah disumbatkan dan dipadankan pula dengan crank shaft 2.4 di dalam ruangan enjin. Bearing keseluruhan enjin digantikan kepada jenama Tai Ho.
Bahagian kepala silinder dipasangkan dengan aci sesondol HKS 272’ dan diikatkan bersama pulley boleh laras rekaan kustom. Kelihatan beberapa alatan berprestasi lain turut dipasangkan antaranya turbo A50 ADM, throttle body S90, wastegate berukuran 40mm, radiator HKS 3 lapisan dan intercooler rekaan kustom Jasma berukuran 3 inci untuk penjanaan enjin yang lebih baik. Sistem bahan apinya turut diperhebatkan dengan pemakaian pelaras Arospeed stage 3 yang menghantar terus ke bahagian injektor bersesaran 1000cc Dynamic.
Kotak gear Evo 3 semi LSD memastikan kuasa yang dihantar ke bahagian roda lebih cekap. Talaan enjin menjadi lebih baik dengan penggunaan unit ecu Haltech Sport 500 yang akan memastikan penjanaan enjin menjadi lebih sempurna. Set suspensi boleh laras BC 32 step membantu untuk melaraskan kedudukan jentera ini dari pusat bumi serta memberi lebih kestabilan semasa mengendalikannya. Brek jentera ini dipertanggungjawabkan dari model Galant twin pod lengkap dengan pelapik brek yang mampu menahan kadar suhu yang tinggi.
Tempat duduk Recaro Millenium SR telah dipasangkan di bahagian depan. Di bahagian papan pemuka, dipasangkan pula dengan meter boost HKS serta dipadankan dengan stereng Momo 3 kaki serta meter Mitsubishi Galant versi manual. Tempat duduk belakang dipasangkan milik Perdana V6 selain karpet kaki Emeraude.
Kit badan Emeraude dipadankan pada jentera ini dan diserikan lagi dengan rim P1 Buddy Club yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport berukuran 17 inci. Ok dah… tulis panjang-panjang korang tetap tengok gambar je!
SPESIFIKASI
-
-
- Pemilik – FB – Shah Rizal (IG- @shahrizalderis)
- Pengeluar – Proton
- Model – Perdana 2.0
- Tahun –
- Modifikasi Enjin – 4G63T Piston 87mm, rod VR4, crank 2.4, oil pump custom, bearing Tai Ho, wastegate 40mm, cam 272 HKS, injector 1000cc Dynamic, turbo A50 billet, adjustable cam-pulley custom, banana ADM, throttle body S90, fuel regulator Arospeed stage 3, radiator 3 layer HKS dan intercooler custom Jasma 3 inci
- Transmisi / Gearbox – Evo III semi LSD
- Elektronik / ECU – Haltech Sport 500
- Ekzos –
- Suspensi – BC 32 step, V6 1st model tahun 2000
- Brek – Mitsubishi Galant twin pod
- Rim & Tayar – P1 Buddy Club 8jj offset 32 depan belakang, Michelin Pilot Sport 255/45R17
- Dalaman – Seat Recaro Millennium SR, boost meter HKS, meter Galant manual, stereng Momo 3 kaki, AEM fuel rotio, doortrim Galant, seat belakang kulit V6 dan karpet kaki Emeraude.
- Luaran – full body part Emeraude, cermin belakang Eterna wiper,
- Bengkel – Ijey ZS Garage dan tuner by Fadec Tuning @ Mazrunhafizi
-