VW Golf GTI MK6 meneruskan kegemilangan model-model Golf GTI terdahulu dengan kemampuan enjinnya yang berkuasa selain ringan dan sangat lincah. Ia menjadi kegemaran eksekutif muda dan diminati ramai tetapi faktor harganya yang boleh dikatakan agak tinggi merupakan halangan terbesar untuk memilikinya.
Tapi sekarang apa susah, tak cukup dengan satu kerja korang juga boleh buat bisnes dalam talian untuk mendapatkan wang lebih. Tak mustahil semua yang diimpikan mampu menjadi kenyataan. Yang penting kena rajin laa…
Modifikasi Golf GTI MK6 ini sebenarnya satu ketika dahulu kedengaran agak asing. Ye lah, dah kereta mahal parts pun mesti la mahal. Ia berbeza dengan modifikasi Wira/Lancer ataupun Kancil/Mira yang cukup popular satu ketika dahulu. Kiranya ini adalah modifikasi kelas bangsawan.
VW Golf GTI MK6 ini merupakan milik Muhd Hilmi dan ianya adalah model keluaran tahun 2012. Dibekalkan dengan enjin asal EA888 dan ianya masih kekal digunakan memandangkan ini adalah enjin terbaik dan sepadan untuknya. Modifikasi yang dijalankan lebih kepada naik taraf komponen-komponen utama untuk peningkatan kuasa dan pengedalian yang lebih baik.
Untuk bahagian dalaman enjin, Hilmi memilih untuk menukar beberapa komponen asal kepada parts keluaran Wossner antaranya ialah forged piston, conrod dan valve bagi mengantikan unit-unit asal.
GTI MK6 ini kini mampu memecut meninggalkan pesaing lain dengan bantuan pengecas turbo K04 Unitronic yang digabungkan dengan intercooler juga dari Unitronic dan actuator Turbosmart.
Sebagai tambahan Hilmi turut memasang beberapa lagi parts aftermarket khusus untuk GTI ini antaranya ialah MST Performance Air Intake, Kate Cool Oil Cooler, Kate Cool DSG Cooler (memang perlu sebab DSG ni kalau rosak….huu menanah) dan Kate Oil Catch Tank.
MK6 ini turut dilengkapkan dengan R8 Red Coil selain menjalani proses ECU Remap APR Tuned Stage 3. Bukan itu sahaja kotak gear DSG juga menerima proses remap oleh Revo Tuned.
Kotak gear asal dan klac masih lagi dalam keadaan standard kerana ia masih mampu menahan kenaikan kuasa yang baru hasil penggunaan beberapa komponen aftermarket di atas.
Sistem ekzosnya pula ialah buatan custom bersaiz 3 inci manakala keseluruhan suspense menerima penyerap hentak Bilstein B12.
Kuasa henti diperkuatkan dengan penggunaan brek AP Racing CP9040 manakala rim dan tayarnya pula adalah gandingan SSR GTV02 dan Nexen Sur4G yang memang menaikkan lagi seri kereta ini.
Dalaman memang nampak sporty dan mewah habis dengan tempat duduk bucket Recaro Sportster, stereng CF dan meter-meter Defi memberikan bacaan tekanan boost, suhu air dan tekanan pelincir.
Bahagian luaran MK6 yang sudah sedia anggun kini kelihatan lebih macho dengan penggunaan bahagian luaran MK6R beberapa bahagian CF Kevlar antaranya ialah pada bahagian penutup hud, spoiler, cermin sisi, lips hadapan, skirting dan diffuser. Akhir sekali ia dilayangkan dengan warna hijau yang memang nampak berbeza berbanding MK6 lain di luar sana.
SPESIFIKASI
-
-
- Pemilik – Muhd Hilmi
- Pengeluar – VW
- Model – Golf GTI MK6
- Tahun – 2012
- Enjin asal – EA888
- Modifikasi Enjin – Forged piston Wossner 83mm, conrod Wossner, valve Wossner, Turbo K04 Unitronic, Aktuator Turbosmart, MST Performance Air Intake, Kate Cool Oil Cooler, Kate Cool DSG Cooler, Kate Cool Oil Catch Tank, R8 Red Coil, ECU remap APR Tuned Stage 3, DSG remap Revo Tuned.
- Transmisi – Stok
- Ekzos – Custom 3 inci.
- Luaran – Body parts MK6R, spoiler, side mirros, penutup bonet dan skirting CF.
- Suspensi – Bilstein B12
- Brek – AP Racing CP9040
- Rim & Tayar – SSR GTV02 & Nexen SUR4G
- Dalaman – Tempat duduk Recaro, mete Defi dan stereng CF
- Bengkel – –
-