Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan rebat ang pao sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini, sesuai untuk mereka yang ingin memulakan tahun lembu dengan sebuah kereta Volkswagen baharu. Pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan menikmati penjimatan tambahan eksklusif dalam talian, selain rebat ang pao yang disediakan.
Mereka yang berminat dengan rangkaian model Passat juga akan menerima insurans percuma selama 1 tahun atau penjimatan sebanyak RM5,500.
Model dan rebat ang pao adalah seperti berikut:
Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Para pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh menikmati tawaran terkini di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY yang menawarkan penjimatan ke atas penggantian alat ganti serta minyak enjin tulen.
Tawaran selepas jualan adalah seperti berikut:
Senarai tawaran tambahan yang memberi manfaat kepada para pemilik termasuklah Pemeriksaan Servis 5 Bintang, diskaun sehingga 20% untuk bateri dan tayar, serta paket ang pao percuma Volkswagen.
Temu janji servis boleh dibuat secara dalam talian di https://www.volkswagen.com.my/volkswagen-service/offers-and-products/online-service-booking
Sumber : Mekanika