Volkswagen Golf GTI 2002, Hanya Bergerak Sejauh 12.8km Dan Selebihnya Dibiarkan Tersadai!


Elok dan tidak melampau kalau dikatakan, ia kelihatan seperti baharu. Dibiarkan selama 19 tahun tersadai di petak parkir, Volkswagen Golf GTI keluaran tahun 2002 ini hanya mencatatkan jarak km sejauh 8 batu atau 12.8km seperti dicatatkan pada odometernya. Bagi para pengikut setia portal Silverstone Auctions, bulan ini sangat dinanti-nantikan khususnya kepada mereka yang mengidamkan kereta dari 20 tahun yang lalu dan kereta ini disenaraikan sebagai ulang tahun yang ke-25 Volkswagen Golf GTI.

Menurut portal tersebut lagi, kereta ini hanya dipandu sejauh 12.8km sepanjang hayatnya dan telah dimiliki oleh seorang pemilik. Didaftarkan buat pertama kalinya pada tahun 2002, tidak dinyatakan pula kenapa ia dibiarkan tersadai di tempat letak kereta selama 19 tahun. Bagi makluman, edisi Ulang Tahun ke-25 GTI ini dibina untuk diraikan dan model yang sama iaitu . GTI 337 terjual di US dan Kanada. Berbanding pasaran Eropah, GTI diperkenalkan agak sedikit lewat di US dan Kanada.

Berasaskan Mk4 Golf, model ini dicat dengan warna Reflex Silver dan menampilkan roda BBS RC 18X7.5 dengan kemasan khas. Dihiaskan dengan brek tangan kulit, tali pinggang hitam dan merah, tempat duduk merah dan hitam Recaro, body-kit kilang, transmisi manual 6-kelajuan, brek hadapan yang lebih besar dengan kaliper merah, suspensi talaan sukan yang rendah dan juga trim interior aluminium. Ia dilengkapi dengan enjin turbocharged inline-four 1.8 liter yang menghasilkan 180 hp (182 PS/134 kW) dan tork 174 lb-ft (235 Nm). Selain itu, beberapa penambahan lain dilakukan terhadap GTI kemudian mengikut reviu kontemporari.

Setakat ini tiada tawaran yang ditetapkan jadi sukar untuk menganggarkan berapa harga yang boleh dicapai oleh kereta ini. Jika dibandingkan dengan sebuah kereta edisi yang sama pernah dilelong pada tahun 2018 pada harga £11,812 (RM68,637.48). Namun, ianya agak berbeza dengan kereta ini kerana jarak yang dicatatkan pada odometernya adalah 29,000 batu dan sebelum kemunculan trend klasik moden di pasaran.

Sumber : Carscoops