Baru-baru ini Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan program servis untuk ahli-ahli Volkswagen Care Plus (VCP). Ia sebagai tanda penghargaan kepada para pemilik kenderaan Volkswagen yang kekal dengan jenama ini bertahun-tahun lamanya. Program ini menawarkan penjimatan 30% untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Di bawah program VCP ini, ahli-ahli layak menerima 3 baucer diskaun 20% untuk servis. Tambahan 10% diskaun sah dari sekarang hingga 30 Disember ini. VCP merupakan sebuah program eksklusif kepada mana-mana pemilik Volkswagen dengan kereta berusia lima tahun atau lebih.
Selain itu, pelbagai kelebihan lain yang bakal dinikmati ahli-ahli seperti bantuan tepi jalan secara percuma selama 2 tahun dan bantuan bateri 24 jam. Para pemilik boleh mendaftar dengan mudah untuk program ini di mana-mana wakil pengedar secara percuma.
Selain menjimatkan, kerja baikpulih dan servis di pusat servis yang sah didatangkan dengan alat-alat ganti dijamin 100% asli. Malah, kerja-kerja ini diserahkan kepada tenaga pakar dan berpengalaman serta penggunaan peralatan yang mengikuti standard global.
Semua promosi ini hanya boleh didapati menerusi aplikasi Volkswagen Cares baharu. Para pemilik Volkswagen digalakkan untuk memuat-turun aplikasi ini yang boleh didapati di Apple App Store untuk pengguna iOS dan Google Play untuk pengguna Android.