Versi Istimewa Retro, Hanya 4,040 Unit!

Mungkin ramai berpendapat, kenderaan lama seperti 4Runner terpaksa berhadapan dengan masalah penurunan jualan tetapi hakikatnya, bukan begitu. Pada tahun 2021, permintaan untuk SUV ini meningkat sebanyak 12.1 peratus kepada 144,696 unit. Model generasi kelima masih lagi mendapat sambutan yang menggalakan dan terjual sejak 2009. Justeru itu, Toyota tidak bercadang untuk menukar baharu untuk model tahun 2023, sebaliknya mempercantikkan lagi kenderaan ini dengan edisi istimewa.

Meraikan empat dekad selepas 4Runner asal dilancarkan, edisi istimewa ulang tahun ke-40 atau 40th Anniversary Special Edition mendapat sentuhan retro dengan grafik berwarna kuning, oren, merah untuk mengembalikan memori tahun 1980an. Livery ‘old-school’ turut dipasangkan dengan mengenakan kemasan SR5 Premium dengan warna Midnight Black, Barcelona Red atau White. Jeriji hadapan berwarna ‘khazanah’ (gangsa) bersama perkataan TOYOTA dan lencana 40th Anniversary pada tailgate.

Terdapat lebih banyak warna gangsa boleh ditemui seperti yang ada pada roda aloi 17 inci dan juga di bahagian kabin iaitu jahitan pada tempat duduk dan juga tombol gear. Selain itu, kusyen sandar rehat kepala (headrest) dihiasi dengan sulaman logo ulang tahun. Pengalas kakinya pula versi istimewa dan eksklusif. Toyota telah melengkapi SUV ini dengan moonroof elektrik sebagai kelengkapan standard.

Dijual secara eksklusif dalam 4WD, edisi ulang tahun ke-40 ini hanya dikeluarkan sebanyak 4,040 unit seperti yang tertera pada plak di sebelah tempat duduk, sebelah dashboard. Selain itu, model 2023 ini turut dilengkapi dengan Blind Spot Monitor + Rear Cross Traffic Alert. Sebagai tambahan, semua level kini mempunyai lampu tinggi LED untuk melengkapi lampu rendah LED dan lampu fog hampir untuk semua gred. Begitu juga dengan Toyota Safety Sense (TSS-P) yang juga dijadikan sebagai kelengkapan standard. Para pembeli juga berpeluang memilih dari varian 2WD dan 4WD dengan 7-tempat duduk.

Sumber : Motor1