Selepas hilang hampir dua dekad, pemilik menemui semula kereta Chevrolet Camaro kesayangannya yang juga salah satu kereta kegemaran para pencinta kereta sport di Amerika Syarikat. Kereta kesayangan Tommy Cook dari Spotsyvalnia County telah hilang pada September 2003, dipercayai dicuri dari sebuah lot baik pulih auto di Woodbridge. Semenjak itu, beliau tidak pernah berputus asa mencari kereta kesayangannya.
Kereta vintage muscle keluaran tahun 1969 ini dicuri walaupun pada ketika itu tanpa motor dengan kemasan cat original Hugger Orange. Berita kecurian itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi tiada usaha berlanjutan kerana mungkin ianya bukan satu kes yang menarik. Selepas berpindah ke Spotsylvania, Tommy tetap aktif mencari dan memperbaharui status kereta hilang menerusi mel selama 17 tahun!
Ternyata usaha tanpa henti membuahkan hasil, apabila beliau menyelesaikan sendiri kes ini apabila menemui Camaro tahun 1969 ini sewaktu sedang membeli barang berhampiran La Plata. Walaupun sudah bertukar cat pseudo-Rally Green dan tanpa hud, Tommy dapat merasakan itulah kereta Camaro miliknya yang telah hilang. Apatah lagi setelah membandingkan nombor VIN, beliau menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.
Kesungguhan Tommy yang meneruskan usaha pencarian kereta Camaro yang hilang, ia seolah-olah bukti bahawa kejayaan jenama ini yang memenangi hati para peminatnya. Namun begitu, Camaro baru seakan hilang populariti kerana jualannya perlahan berbanding Mustang dan Dodge Challenger. Mungin pasukan Camaro perlu mencari sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan dan strategi yang lebih baik supaya kepopularitian yang pernah dikecapi kembali diperolehi sekaligus menggembirakan peminat seperti Tommy!
Sumber : Carbuzz