Usaha SDAC, Mewujudkan Ukhuwah Para Pelanggan Ford Bersama Rakan-Rakan & Keluarga

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan acara Ford Inner Circle yang pertama di negara ini, dengan menjemput pelanggan Ranger generasi baharu ke bilik pameran flagship Ford di Sime Darby Motors City di Ara Damansara.

Dalam semangat musim perayaan, pelanggan dan keluarga mereka diraikan dalam aktiviti bertemakan Krismas dalam acara berkenaan. Pelatih mahir juga ada untuk memimpin pelanggan dalam bengkel penyesuaian kenderaan serta membantu mereka memahami dengan lebih mendalam berkenaan Ranger generasi baharu milik mereka.

“Kami sangat berterima kasih kepada pelanggan setia atas kepercayaan yang berterusan, yang menyebabkan kami wujudkan Ford Inner Circle. Hasrat kami adalah untuk memberikan layanan lebih baik melalui pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh. Semua pelanggan Ranger, Raptor dan Everest generasi baharu akan dimasukkan secara automatik ke dalam lingkungan ini dan menerima kelebihan eksklusif sebagai tambahan kepada sesi latihan mendalam untuk mengenali kenderaan mereka dengan lebih baik,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

Sebagai pendekatan julung kali diadakan jenama automotif tempatan, Ford Inner Circle merupakan usaha yang diterajui SDAC diwujudkan khusus untuk pasaran Malaysia. Ia bertujuan menyediakan platform berasaskan komuniti yang mana pelanggan kenderaan Ford generasi baharu boleh berhimpun bersama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mempunyai minat sama. Mereka juga akan menikmati pelbagai kelebihan, termasuk jemputan ke acara VIP dan acara eksklusif lain.

Lebih penting, pelanggan mempunyai akses kepada sesi penyesuaian kenderaan berjadual di bilik pameran Ford di seluruh negara. Sesi ini direka untuk membantu mereka menguasai kelengkapan berteknologi tinggi dan ciri pintar lain yang ada pada kenderaan mereka supaya boleh memanfaatkan kemampuan penuh kenderaan Ford generasi baharu milik mereka.

Mulakan Ford Ranger Getaways Dengan Penjimatan 30 Peratus
Sebagai sebahagian daripada Ford Inner Circle, pelanggan Ford Ranger dan Raptor generasi baharu akan menerima kad istimewa dan nikmati potongan harga 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways mereka yang pertama.

Pertama kali ditawarkan dalam industri dan eksklusif untuk Malaysia, Ford Ranger Getaways direka untuk memberikan pengalaman lebih kaya dan menyeluruh tentang apa ertinya untuk menjalani gaya hidup Ranger yang sebenar melalui pengalaman pemanduan dan kembara setempat yang dipilih dengan teliti.

Terbuka kepada semua pemilik Ranger dan Raptor, Ford Ranger Getaways meliputi pelbagai kategori minat dan menampung pelanggan daripada semua peringkat yang inginkan kembara pendek setempat, sama ada secara bersendiri, bersama keluarga atau rakan-rakan atau mereka yang berkongsi minat yang sama.

Semua kembara dirancangkan dengan teliti untuk menunjukkan kepelbagaian penggunaan dan kemampuan Ford Ranger—dari sesi dalam bandar yang menyeronokkan hinggalah kepada cabaran off-road, atau jelajah cari makan dan bahkan, untuk menjadi juruterbang dalam sehari mengelilingi KLCC. Semua acara ini adalah dalam jadual terbuka yang boleh ditempah dan dinikmati oleh pelanggan dengan Ranger dan Raptor mereka sendiri. Turut disediakan ialah latihan pemanduan off-road berjadual di M4TREC di mana pelanggan boleh menguji potensi penuh Ranger dan Raptor mereka.

Kembara atau percutian ini diberi sentuhan baru dari semasa ke semasa. Sejak dilancarkan, SDAC telah menambah beberapa lagi percutian baru, termasuk ke Tabin Wildlife Safari Adventure dan tiga percutian ke pulau yang menakjubkan.

Pelanggan kini boleh meninjau senarai lengkap percutian yang ada dari Januari hingga Jun 2023, yang telah diterbitkan di lembar Ford Ranger Getaways di laman web SDAC-Ford. Pelanggan juga sudah boleh membuat tempahan tempat memandangkan setiap percutian adalah terhad.

Pengalaman Menyenangkan Dari Awal Hingga Akhir
Pelanggan boleh menempah tempat untuk Ford Ranger Getaways secara dalam talian melalui platform e-dagang SDAC-Ford. Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih kembara yang diinginkan dan tarikhnya serta membuat bayaran penuh, semuanya dari keselesaan di rumah. Pengesahan akan dihantar melalui emel sebaik sahaja tempahan diproses.

Untuk lebih maklumat tentang Ford Inner Circle, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my.