Trackdays 8 Hours

Trackdays 8 Hours

Setelah berbulan lamanya bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kini Kstore Motorsport kembali dengan Trackday 8Hours yang memberi ruang kepada para pemandu tegar di litar untuk melepaskan gian dan mengasah bakat sedia ada. Bertempat di North Paddock, Sepang Circuit, acara kali ini memberikan para pemandu merasai suasana pemanduan trackday siang dan malam untuk para pelumba.

Track Day 8Hours ini juga ditaja oleh Motorsport Playground, iLatun , SQwize Cyberjaya dan PoPo Berger. Tidak dilupakan juga penyokong daripada 8Core Garage. Untuk makluman, tiada kategori dipertandingkan pada penganjuran kali ini dna hanya Open Trackday sahaja yang disediakan. Penyertaan sebanyak 80 buah kereta ini pula dibahagikan kepada 2 sesi iaitu 4 Jam dan 8 Jam.

Kali ini kita dapat saksikan penyertaan pemandu amatur, pemandu berpengalaman dan pemandu profesional kembali untuk memantapkan lagi pemanduan dan kebolehan mereka di litar setelah lama bercuti akibat PKP. Selari dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Sepang International Circuit (SIC), semua kehadiran penonton, pelumba dan krew direkodkan diikuti nama dan juga suhu. Mereka juga diwajibkan memakai pelitup muka dan hidung (facemask) serta mengekalkan jarak fizikal sejauh 1 meter sepanjang berada di paddock.

Penganjur berharap agar acara seperti ini terus mendapat sokongan ramai dan sekali gus bersama membantu kerajaan dalam usaha membendung gejala lumba haram. Bagi yang terlepas acara Trackday 8hours ini pada Ogos lalu, nantikan Maximum Attack yang akan diadakan 26 Disember ini.

Disediakan Oleh :
Gambar – REDOX PROJECT
Teks – En. Bob