Toyota Supra Dari Fast Furious Dilelong?

Jarang jumpa peminat kereta yang tidak mengikuti siri filem antara yang paling berjaya dihasilkan dunia perfileman Hollywood. Kebanyakan kereta yang digunakan dan ditonjolkan dalam siri filem ini menjadi ilham ramai kaki modifikasi dan restorasi tempatan. Antara kereta yang paling popular, pastilah Supra 1994 yang dipandu oleh Paul Walker!

Kereta yang muncul dalam filem Fast and Furious ini telah dijual pada harga $550,000 (RM2,281,068.51)!

Pada tahun 2001 menyaksikan perubahan dalam landskap modifikasi kereta di Amerika oleh filem The Fast and The Furious kepada para penonton seluruh dunia sekaligus membuatkan filem ini menjadi rujukan ramai dan filem-filem di bawah siri ini menjadi besar dan semakin gila.


Justeru itu, apabila peluang untuk memiliki kereta yang pernah dipandu Brian O’Conner, watak ikonik dalam siri filem ini yang dilakonkan oleh Paul Walker pastinya tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.
Bagi makluman, kereta ini telah dimodifikasi oleh Eddie Paul di The Shark Shop yang terletak di El Segundo, California. Selepas penggambaran filem ini, lebih banyak penambahan yang dilakukan dan menjadikan kereta ini sangat dikenali oleh para peminat kereta seluruh dunia.

Apa yang ada pada kereta Supra yang dicatkan dengan warna Candy Orange dari Lamborghini Diablo serta figura yang dikenali sebagai “Nuclear Gladiator” di bahagian sisinya? Takde apa-apa yang istimewa kecuali body kit termasuk spoiler hadapan dan skirt sisi dari Bomex, hud gaya TRD, APR aluminum bi-plane rear wing dan rim five-spoke 19-inci.

Tidak seperti kereta Supra yang ada dalam The Fast and The Furious, kereta ini dilengkapi dengan enjin inline-six turbocharged 3.0 liter dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Di bahagian kabinnya, kelihatan gearshift agar nampak seperti ia sebuah kereta dengan transmisi manual.

Sumber : Motor1