Dunia automotif kian berkembang dan perkembangan ini seiringan dengan teknologi yang semakin canggih. Berbeza dengan awal-awal tahun 1990-an dahulu. Kalau perlukan sesuatu maklumat, kena merajinkan diri pergi ke perpustakaan atau perlu keluarkan sedikit belanja untuk membeli buku yang bagus. Sebagaimana majunya teknologi, begitulah juga hebatnya kemajuan teknologi maklumat (Information Technology – IT). Kini, semua maklumat dan segala bentuk informasi boleh disampaikan terus kepada pembaca. Hanya sentuh skrin telefon pintar, macam-macam boleh dicari dalam sekelip mata; gambar, audio, video, animasi atau artikel semuanya tular dengan kadar segera.
Zaman sekarang, dunia berputar di sekitar media massa. Antara yang paling berpengaruh dan menjadi sumber utama para penduduk dunia semestinya Whatsapp dan Facebook. Namun begitu, kemudahan ini ada masanya disalahgunakan kerana tiada lagi sekatan atau memerlukan keizinan badan berkuasa tertentu dalam penyebaran maklumat. Sahih atau palsu, hanya dapat ditentukan selepas ianya ditularkan. Apakah sumber itu diperakui dan apa pula kredibiliti yang dipegang oleh mereka yang mengeluarkan maklumat tersebut. Silap haribulan, maklumat yang diperolehi secara mudah ini boleh mendatangkan kemudaratan.
Malangnya, dunia automotif tidak turut terlepas dengan masalah penularan maklumat atau informasi yang tidak tepat serta diragui. Berikut beberapa perkara tak masuk akal di kalangan pengguna automotif tempatan yang sering diulang kongsi berkali-kali di laman sosial.
Guna Minyak Masak Sebagai Minyak Pelincir Enjin
– Tular pada tahun lalu sekitar bulan Mei, gara-gara seorang pemuda menggunakan minyak masak (paket) sebagai minyak pelincir pada kereta sedan miliknya.
Servis Enjin Berkala
Minyak mineral boleh digunakan sehingga 5000km, minyak semi-sintetik sela masanya 7000km dan minyak sintetik penuh ialah 10,000km. Ini tidak tepat. Boleh rujuk di sini https://www.mekanika.com.my/kalau-guna-minyak-semi-sintetik-wajib-tukar-7000km-atau-5000km/ untuk mengetahui lanjut, kenapa ianya tidak tepat. Tambah ilmu dan pengetahuan sikit.
Push Start Button
Seorang pengguna kereta berjawatan tinggi pernah berkongsi teknik tekan 3 kali push start button menerusi ciapan pada tahun lalu. Kemudian, beberapa laman web menyiarkan teknik ini menerusi artikel yang seterusnya tular di kalangan warga maya. Menurut ciapan asal, butang penghidup kereta perlu ditekan sebanyak 3 kali sistem push start ini untuk bertahan lama. Bagi mengesahkan sama ada teknik ini betul atau tidak, sila rujuk di sini https://paultan.org/2019/05/09/benarkah-butang-penghidup-enjin-perlu-ditekan-tiga-kali-bagi-mengelakkan-kerosakkan-komponen-enjin/. Rajinkan diri membaca ya, jangan laju kongsi aje.
Lebih Kuasa Dengan Petrol RON 97
Salah satu media telah berani dan yakin menularkan video yang mengatakan enjin kereta kecil (Myvi, Axia, Saga, Bezza) perlu bekerja 2 kali ganda lebih kuat jika menggunakan petrol RON 97. Ini ini diulas panjang lebar oleh Mekanika di pautan ini https://www.mekanika.com.my/ada-apa-dengan-ron95-knocking-dan-nisbah-mampatan/
Hamparan Toto Untuk Keselesaan Anak-Anak Sewaktu Balik Ke Kampung
Perkara ini ditularkan dalam laman sosial dan web yang langsung tiada kaitan dengan automotif tahun lepas. Kononnya, anak akan lebih selesa dalam perjalanan pulang ke kampung. Tak cukup dengan itu, ada juga produk tilam lipat untuk dihamparkan di bahagian belakang. Mungkin keselesaan itu ada betulnya, bagaimana pula keselamatan anak-anak kecil?
Tentu anda masih ingat tentang kemalangan yang menyebabkan seorang bayi tercampak keluar. Jadi, sampai bila kita mahu melihat insiden yang sama berulang? Keselesaan memang penting tetapi keselamatan itu lebih penting. Rujuk di sini https://www.mekanika.com.my/adakah-tali-pinggang-keselamatan-sekadar-hiasan/ untuk ketahui bahayanya cara ini.
Alat Jimat Petrol
Dijual secara berleluasa di laman sosial dengan kaedah pembuktian secara testimoni. Kajian saintifik menolak kajian testimoni berdasarkan “feel good atau placebo effect” atau testimoni video.
Lihat di sini https://www.mekanika.com.my/mitos-alat-penjimatan-bahanapi-yang-mengarut/ untuk kupasan lebih lanjut. Dalam hendak berjimat, jangan sampai tertipu dan merosakkan enjin. Yang untung penjual, yang rugi diri sendiri.CVT, Transmisi Paling Lemah
Pengguna di Malaysia membuat persepsi bahawa transmisi CVT lemah dan tidak boleh diharap dan mereka tidak boleh disalahkan kerana pengguna mula kenal CVT dengan memandu kereta CVT bermula dari Saga FLX CVT yang dibekalkan oleh Punch. Bagi membetulkan persepsi, anda boleh rujuk 5 artikel berkenaan CVT di capaian yang disediakan. Baca satu demi satu. Jangan tertinggal satu pun!
– https://www.mekanika.com.my/bagaimana-kotak-gear-cvt-berfungsi-bahagian-1/
– https://www.mekanika.com.my/cvt-antara-mitos-dan-realiti/
– https://www.mekanika.com.my/cvt-gabungan-penjimatan-petrol-dan-pemanduan-sporti/
– https://www.mekanika.com.my/mazda-tak-perlukan-cvt/
– https://www.mekanika.com.my/tip-pemanduan-dengan-transmisi-cvt/
Tuil Signal Hanya Hiasan
Beli kereta mahal tapi ramai enggan dan tak pandai guna terutamanya ketika menukar lorong atau memasuki simpang. Bukan hanya untuk anda, malah ini peringatan untuk diri sendiri. Yang buat video Tik Tok untuk guna cara gunakan signal tu, betul ke tahu guna atau tak pernah lupa?
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ